VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 01/10/2002

Syarat baru pemilihan UMNO -- Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri tidak boleh bertanding ketua bahagian

Oleh:ZULKIFLI JALIL dan MARHAINI KAMARUDDIN
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Semua ketua Pemuda, Wanita serta Puteri bahagian dan negeri tidak lagi dibenarkan merebut jawatan ketua bahagian pada pemilihan tahun depan sekiranya pindaan perlembagaan UMNO itu diluluskan.

Ketua Wanita bahagian dan negeri juga tidak boleh bertanding jawatan Ketua Puteri peringkat yang sama .

Bagaimanapun peraturan yang sedang dikaji oleh Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan parti itu tidak membabitkan pertandingan jawatan tertinggi dari peringkat Majlis Tertinggi (MT) sehinggalah Presiden.

Arahan kajian perlembagaan itu diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat parti, Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjelaskan perkara itu berkata, kajian bertujuan membolehkan seseorang pemimpin memberi sepenuh perhatian dan tanggungjawab kepada jawatan yang disandang.

Tegasnya, ini kerana UMNO mendapati terdapat kecenderungan daripada ketua-ketua Pemuda ketika ini untuk merebut jawatan ketua bahagian.

Kata beliau, fenomena itu tampak ketara apabila ada percubaan dari ketua Pemuda yang baru dilantik dalam hanya beberapa hari berminat mengisi kekosongan ketua bahagian.

``Hanya kerana ketua bahagian itu dikatakan tidak berapa popular, ada percubaan daripada ketua pemuda untuk mengisi jawatan tersebut.

``Setelah menyandang dua jawatan serentak (Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda), dia melepaskan pula salah satu jawatan yang menyebabkan kita terpaksa pula melantik pemangku dan akhirnyaberlaku kekusutan.

``Kajian perlembagaan ini dijangka siap dalam tempoh sebulan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pemilihan parti akan diadakan serentak buat pertama kali tahun depan meliputi cawangan, bahagian dan MT.

Terdahulu, Abdullah pada sidang akhbar selepas mesyuarat MT berkata, MT berpendapat adalah lebih baik penyandang jawatan ketua mana-mana pergerakan dalam UMNO kekal memegang jawatan itu.

Menurutnya, mereka tidak perlu bertanding untuk jawatan lain walaupun ada kekosongan.

``UMNO berpendapat pada masa depan seseorang yang telah pegang jawatan sebagai ketua bahagian dan ketua pergerakan tak perlulah bertanding untuk menjadi ketua dalam satu pergerakan lain.

``Kalau dah jadi Ketua Bahagian Puteri, buat apa pula nak bertanding Ketua Bahagian Wanita atau sebaliknya. Begitu juga halnya Pemuda dengan Bahagian UMNO,'' katanya.

Tegasnya, kajian pindaan itu dianggap wajar kerana sebelum ini seseorang yang hendak bertanding bagi jawatan tertentu telah berusaha bersungguh-sungguh bagi meraih sokongan dengan berjanji akan berkhidmat sepenuhnya kepada pergerakan yang dipimpinnya.

Menurut Abdullah lagi, arahan MT itu juga ada hubung kait dengan pemilihan Puteri UMNO yang sedang berjalan khususnya persaingan merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Kini, peraturan UMNO membolehkan seseorang yang memegang jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO bertanding sebagai Ketua Puteri.

Tambah beliau, begitu juga halnya seseorang yang memegang jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO boleh bertanding Ketua Bahagian.

Abdullah membayangkan sekiranya pindaan tidak dilakukan, pada masa akan datang mungkin Ketua Puteri pun boleh bertanding jawatan dalam Wanita.

Mengulas persaingan merebut jawatan Ketua Puteri pada pemilihan pertama kali itu, beliau memberitahu pucuk pimpinan menyerahkan kepada ahli Puteri di peringkat bahagian untuk membuat pencalonan.

Mengenai ramai yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut, Abdullah berkata, ia menunjukkan demokrasi segar dalam UMNO.

Ditanya perkembangan laporan polis terhadap Ketua Penaja Puteri UMNO, Azalina Othman Said, katanya, kes itu kini dalam pertimbangan Lembaga Disiplin yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.