VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/07/2002

Artis kempen remaja membaca

TERDAPAT ungkapan ilmu adalah jambatan hidup kerana ilmu yang dimiliki akan dapat dijadikan penyuluh apabila kegelapan, selain dapat meningkatkan darjat seseorang.

Namun apa yang kerap terjadi masa kini, kebanyakan golongan remaja sering memandang penguasaan ilmu menerusi pembacaan sebagai satu bebanan.

Menyedari fenomena itu telah mendorong Perpustakaan Negara Malaysia melancarkan Kempen Membaca Kebangsaan 2002 pada Isnin lalu.

Majlis itu dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agung, Tuaku Fauziah ibni al-Marhum Tengku Abdul Rashid di Dewan Merdeka Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Zawiyah Baba, objektif utama kempen itu dilancarkan ialah untuk menyedarkan masyarakat tempatan mengenai kepentingan membaca dan berilmu sekali gus menjadikannya sebagai budaya serta gaya hidup seharian.

Bagi memantapkan lagi kempen yang membawa tema `baca@gaya hidup' itu, Perpustakaan Negara Malaysia telah memilih beberapa orang artis dan ahli sukan popular sebagai idola para peminat mereka.

Antara artis itu ialah Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Syafinaz, Sarimah Ibrahim, Afdlin Shauki, Fazley, Jeslina Hashim, Nazrey Raihan, bintang sukan Nicole Ann David, Wong Choong Hann dan ramai lagi.

Syafinaz yang juga pensyarah di UiTM, Shah Alam menyifatkan kempen membaca itu amat baik kerana ia dapat menyemai semangat rajin membaca di kalangan remaja mahupun masyarakat umum.

``Saya sedia membantu kempen ini walau di mana sahaja. Sebagai seorang pensyarah, kehidupan saya sering terdedah dengan buku dan saya amat gembira jika remaja kini menjadikan buku sebagai rakan karib.

``Ilmu itu penting dan kini kita dapat menimba ilmu pengetahuan menerusi pelbagai saluran,'' katanya yang turut menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia.

Siti Nurhaliza pula yang meminati buku-buku sastera klasik karya Raja Ali Haji menganggap dirinya diberi penghormatan sebagai salah seorang artis yang mendendangkan lagu klip video kempen membaca berjudul Membaca Gaya Wawasan, ciptaan Kusham, Nada Studio itu.

``Siti harap kempen sebegini dapat menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan ilmu. Bagi Siti, walaupun setakat ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tapi semangat belajar masih tebal. Bila jadual kerja sudah berkurangan, Siti akan belajar semula,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.