VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 26/01/2002

Abdullah Hussain lindungi karyanya

TIDAK ramai penulis yang menyedari kepentingan melindungi `hakcipta' terutama apabila mereka meninggal dunia. Keadaan itu berlaku kerana tiada pihak yang mengambil tanggungjawab memberikan penjelasan.

Apabila penulis meninggal segala karya dan hak mereka hilang begitu saja. Ini memberi kesempatan kepada pihak tertentu terutama penerbit mengaut keuntungan. Manakala keluarga penulis itu tidak menerima sebarang bayaran (royalti) daripada kegiatan itu.

Sasterawan Negara (SN) Datuk Abdullah Hussain tidak mahu perkara ini menimpa dirinya dan keluarga. Justeru, beliau mengambil keputusan menyertai Amanah Hidup yang disediakan oleh Bumiputra-Commerce Trustee Berhad (BCT). Skim ini akan melindungi hakcipta karya-karyanya. Majlis menandatangani dokumen Amanah Hidup dengan BCT diadakan Kuala Lumpur, baru-baru ini. BCT diwakili Pengurus Besarnya, Shahidan Hashim.

Menurut Abdullah, beliau mengambil keputusan menyertai skim ini demi menjaga hakciptanya selepas meninggal dunia nanti.

Katanya, buat masa ini nasib penulis terbiar tidak ada siapa bertanggungjawab terhadap hakcipta walaupun telah dicetak berulang kali.

``Apa sudah jadi dengan hakcipta Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, karyanya terus digunakan, filemnya dimainkan berulang kali, nyanyian dan lagu-lagu terus digunakan?

``Siapa yang mengaut keuntungan? Siapa yang bertanggungjawab ke atas royalti hakciptanya? Bagaimana nasib keluarga yang hidup? Tak siapa pedulikan lagi dan kerana itu saya menyertai skim ini. Sekurang-kurangnya BCT akan sentiasa menjaga dan memantau jika ada pihak yang cuba menerbit dan menjualkan karya saya sesudah mati,'' katanya.

Dengan nada perlahan beliau, berkata meskipun beliau tidak banyak menulis buku tetapi setiap karyanya mempunyai hakcipta dan keluarga yang hidup berhak mendapat royaltinya. - ALINA OSMAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.