VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 06/01/2002

Pembeli tidak dikenakan faedah bank lewat bayar pemaju

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Isu pembeli rumah dikenakan faedah ekoran kelewatan bank membuat pembayaran kemajuan kepada pemaju dijangka selesai apabila garis panduan baru mengenai perkara itu dikeluarkan tidak lama lagi.

Garis panduan baru yang memberi keadilan kepada pembeli dibuat selaras dengan pindaan kepada Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang dijangka berkuat kuasa Mac ini.

Dengan pindaan itu, pembeli rumah tidak lagi dikenakan bayaran faedah jika keadaan seperti itu berlaku, sebaliknya pihak institusi kewangan yang menyediakan pinjaman kepada pembeli akan menanggung semuanya.

Ketika ini pembeli rumah terpaksa menanggung bayaran faedah yang dikenakan oleh pemaju apabila institusi kewangan lewat menjelaskan bayaran kemajuan kepadanya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas berkata, melalui garis panduan baru itu, kementerian menetapkan bahawa pihak bank perlu membuat pembayaran kemajuan kepada pemaju dalam tempoh dua minggu selepas menerima laporan projek.

Jika bank gagal berbuat demikian, bayaran faedah yang dikenakan oleh pemaju itu akan ditanggung oleh pihak bank.

``Peraturan baru yang terdapat di dalam garis panduan tersebut turut membabitkan semua institusi kewangan termasuk pihak Perbendaharaan sebagai badan yang bertanggungjawab memberi pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan.

``Kementerian ada hak untuk membuat garis panduan sejajar dengan pindaan akta terutama untuk menangani isu-isu yang melibatkan kebajikan pembeli,'' katanya kepada Mingguan hari ini.

Baru-baru ini Utusan menyiarkan gesaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang meminta kerajaan menyiasat sistem mengenakan kadar faedah ke atas pembeli rumah ekoran kelewatan pembayaran pihak bank kepada pemaju.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada bulan November lalu, turut mendedahkan terdapat kakitangan awam terpaksa membayar antara RM10,000 hingga RM15,000 seorang kepada pemaju perumahan kerana kelewatan Perbendaharaan menyalurkan wang kepada pemaju.

Kayveas berkata, adalah tidak adil pembayaran faedah dikenakan kepada pembeli disebabkan oleh kelewatan bank membuat bayaran kemajuan kepada pemaju.

``Saya berharap dengan adanya garis panduan yang baru ini golongan pembeli tidak lagi terus menderita.

``Dan jika masalah ini masih berlaku ke selepas pindaan akta ini diwartakan, pembeli yang terbabit perlu membuat pengaduan rasmi kepada kementerian supaya kes itu boleh dirujuk kepada Tribunal Perumahan,'' katanya.

Beliau berkata, garis panduan itu kini masih di peringkat bahagian undang-undang kementerian.

Dalam pada itu beliau berkata melalui pindaan akta tersebut, tindakan tegas akan dikenakan ke atas pemaju yang gagal menyiapkan rumah mengikut perjanjian yang telah dipersetujui di dalam perjanjian jual beli (S&P).

Kayveas berkata, kebiasaannya bagi rumah teres, tempoh siap yang diberikan ialah 24 bulan dan bagi rumah bertingkat tempohnya ialah 36 bulan.

``Melalui pindaan akta ini pemaju yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda lima kali ganda daripada sekarang.

``Katakanlah denda sekarang RM20,000 tetapi denda akan datang ialah RM100,000.

``Bahkan pemaju yang terbabit berpotensi menerima hukuman penjara,'' katanya.

Menurut Kayveas lagi, projek rumah yang terbengkalai itu juga kemudiannya akan diambil alih oleh kementerian untuk disiapkan.

``Langkah ini terpaksa dibuat bagi mengelakkan pembeli terus teraniaya kerana mereka terpaksa membayar balik pinjaman dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank dan dalam masa yang sama terpaksa tinggal di di rumah sewa.

``Bukankah situasi ini akan menyebabkan pembeli menderita?'' ujarnya.

Beliau berkata, dalam isu ini pihak bank perlu lebih bertanggungjawab iaitu memeriksa dahulu kemajuan pembangunan sebelum membuat pembayaran.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.