VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 04/12/2001

108 kes pencemaran alam sekitar dibawa ke mahkamah

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Sebanyak 108 kes pencemaran alam sekitar telah dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga Jun tahun ini, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Zainal Dahalan.

Katanya, daripada jumlah tersebut 61 kes melibatkan kilang di kawasan perindustrian berat.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau kualiti alam sekitar untuk memastikan kadar pencemaran dapat dikawal dan kilang mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Goh Kheng Huat (DAP-Nibong Tebal) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Zainal, sebanyak 11 mesin pengawasan kualiti udara yang berfungsi secara automatik telah dipasang bagi memantau sebarang pencemaran secara berterusan.

Menjawab soalan tambahan Mah Siew Keong (BN-Teluk Intan), katanya, jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia sentiasa berbincang mengatasi masalah pembakaran terbuka antara punca pencemaran di negara ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.