VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 02/12/2001

Balang kuih hiasan istimewa Hari Raya

BALANG kuih raya kalau dicorakkan dengan pelbagai teknik kraf tangan tentu kelihatan lebih menarik. Ia pasti istimewa sebagai hiasan di samping digunakan sebagai bekas kuih sempena sambutan Hari Raya yang akan menjelang nanti.

Keunikan setiap hiasan balang kuih ini bergantung kepada kreativiti.

Hiasan balang kuih raya daripada R&R Craft misalannya memilih konsep rekaan Inggeris sebagai satu kelainan.

``Hiasan balang kuih raya yang sedia ada banyak menggunakan motif biasa iaitu daripada penggunaan fabrik lace dan warna keemasan.

``Namun sebagai satu kelainan R&R Craft memilih konsep rekaan Inggeris,'' kata pemilik R&R Craft, Kuzie Ku Abas.

Hiasan pada balang kuih tersebut dicetuskan daripada ilham rekaan Inggeris melalui penggunaan kain untuk balang tersebut, kata Kuzie.

Fabrik kapas bercorak kotak-kotak misalnya menjadi identiti utama untuk rekaan tersebut selain pemilihan warna kain. Warna merah manggis, biru tua dan hijau lumut menjadi pilihan.

Teknik yang digunakan untuk menghias balang tersebut adalah daripada penggunaan border reben dan cara pembungkusan. Selain daripada balang berbentuk bulat, balang empat segi juga digunakan untuk rekaan tersebut.

Untuk menyerikan lagi hiasan, gubahan bunga reben daripada warna yang segar akan membangkitkan kecantikan rekaan.

Hiasan tersebut sesuai dipadankan dengan rekaan sarung kotak tisu daripada fabrik corak yang sama.

Kesemua teknik untuk membuat rekaan tersebut disediakan oleh R&R Craft.

R&R Craft sering menganjurkan bengkel kraf tangan untuk mereka yang berminat mendalami bidang tersebut.

Pelbagai kursus kraf tangan dan hiasan dalaman anjuran R&R Craft sebelum ini mendapat sambutan yang menggalakkan, kata Kuzie.

Bersempena dengan Aidilfitri yang akan menjelang ini, R&R Craft kini mengadakan kursus kraf tangan istimewa mengenai cara-cara menghias balang dan bekas tisu.

Setiap peserta cuma dikenakan bayaran RM90 saja untuk tiga kraf tangan yang ditetapkan iaitu balang kuih, bekas tisu dan bekas sudu.

Kursus itu akan diadakan sepanjang Disember ini iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Mereka yang berminat boleh menghubungi Kuzie di talian 019-3576575.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.