VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/11/2001

Ling arah edar contoh soalan, jawapan ujian

PUTRAJAYA 28 Nov. - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik hari ini mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengedarkan contoh soalan dan jawapan Ujian Undang-Undang Jalan Raya (Bahagian I) sebagai langkah drastik mengurangkan jumlah calon yang gagal dalam ujian tersebut.

Menurutnya, set soalan dan jawapan itu akan diedarkan segera kepada semua institut dan sekolah memandu bagi membolehkan calon membuat ulang kaji dengan lebih berkesan.

Kata beliau, melalui cara itu para calon akan berpeluang meneliti sebanyak 500 soalan dan 50 daripadanya akan dikemukakan dalam ujian itu nanti.

``Kita harap calon-calon akan mempelajari kesemua 500 soalan dan jawapan itu.

``Dengan cara ini mereka akan tahu undang-undang dan peraturan berkaitan,'' katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan dari Wilayah Autonomi Quangxi Zhuang, China yang diketuai Timbalan Naib Gabenornya, Wang Hanmin.

Dr. Ling mengulas laporan muka depan Utusan hari ini mengenai dakwaan Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) bahawa 75,000 calon Ujian Undang-Undang Jalan Raya (Bahagian I) gagal ekoran pengenalan format baru ujian itu sejak 1 Oktober lalu.

Pengerusi PIMA, Md. Aris Bakar berkata, kadar itu adalah terlalu tinggi dan membimbangkan ramai pengusaha institut dan sekolah memandu di negara ini selain membebankan calon yang terpaksa mengambil ujian berulang kali.

Justeru, beliau mendesak JPJ mengkaji semula pengenalan ujian bertulis dan berkomputer berdasarkan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dikatakan menyediakan banyak soalan yang sukar difahami oleh calon.

Mengulas lanjut, Dr. Ling berkata, kebanyakan soalan serta jawapan yang dikatakan sukar itu telah pun diperbetulkan selepas JPJ menyedari kelemahan yang ada.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, beliau turut berharap para calon akan melakukan persediaan lebih rapi termasuk melakukan ulang kaji sebelum mengambil ujian demi memastikan kejayaan mereka.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Dr. Mohd. Shahar Sidek pula memberitahu, terdapat tiga faktor yang menyebabkan kadar kegagalan yang tinggi dalam ujian undang-undang jalan raya itu.

Antaranya institut serta sekolah memandu tidak bersedia dengan KPP yang diumumkan pelaksanaannya sejak tahun lalu lagi.

Katanya, terdapat juga tenaga pengajar yang tidak mengajar bakal-bakal calon ujian mengikut sukatan KPP walaupun kurikulum tersebut telah dikuatkuasakan sejak 1 Oktober lalu.

``Terdapat juga pelajar yang tidak mengulang kaji atau membaca buku panduan KPP yang disediakan selain sekolah memandu tidak melatih semula tenaga pengajarnya dengan buku baru itu,'' katanya sambil mengakui ada beberapa pilihan jawapan yang agak mengelirukan dalam ujian tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.