VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 22/11/2001

Peranan SMIDEC bangunkan IKS

MUKADIMAH
DALAM usaha untuk meningkatkan kefahaman pembaca dalam dunia industri kecil dan sederhana, Utusan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia menyiarkan satu rencana yang akan disiarkan dalam dua siri. Siri pertama disiarkan hari ini manakala siri kedua disiar esok. - Pengarang

PERBADANAN Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang ditubuhkan di bawah Akta 539, merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membangunkan perbadanan kecil dan sederhana (PKS). SMIDEC komited untuk meningkatkan keupayaan PKS untuk men jadi lebih cekap, kompetitif dan berupaya mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan dapat bersaing dipasaran antarabangsa.

SMIDEC adalah di bawah penyeliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dengan ini, tumpuan khusus program-program SMIDEC adalah kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perkilangan.

Definisi Syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana:

Syarikat-syarikat dikategorikan sebagai kecil dan sederhana adalah:

``Syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang''.

Program-program PKS:

Program-program yang dijalankan oleh SMIDEC secara keseluruhannya boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

* Program Pembangunan PKS

* Program Bantuan Kewangan

Untuk melayakkan syarikat-syarikat menyertai program-program ini, syarikat-syarikat mestilah memastikan bahawa syarat-sarat kelayakan seperti berikut dipenuhi:

(i) syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965;

(ii) syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang; dan

(iii) sekurang-kurangnya 70 peratus ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia.

a. Program Pembangunan PKS:

i. Program Rantaian Industri (ILP):

Program ini bertujuan untuk membangunkan PKS tempatan menjadi pembekal komponen dan peralatan serta perkhidmatan kepada syarikat besar dan multinasional.

Syarikat-syarikat ya gn tersenarai di bawah Program Rantaian Industri (ILP) boleh memohon insentif-insentif berikut:-

* Taraf perintis untuk PKS dengan pengecualian cukai 100 peratus ke atas pendapatan berkanun selama lima tahun atau Elaun cukai Pelaburan sehingga 60 peratus daripada perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun dan boleh ditolak 100 peratus daripada pendapatan berkanun.

* Bagi syarikat-syarikat besar dan multinasional, perbelanjaan seperti latihan, pengauditan kilang dan bantuan teknikal bagi tujuan membangunkan syarikat-syarikat PKS boleh ditolak daripada cukai syarikat.

(iii) Program Pembekal Global:

Program ini bertujuan membangunkan dan meningkatkan keupayaan pembekal-pembekal tempatan sehingga dapat membekalkan kepada syarikat-syarikat besar dan multinasional di peringkat antarabangsa.

Program Pembekal Global (GSP) mempunyai 2 inisiatif utama iaitu:

* Latihan dalam bidang kemahiran yang kritikal

* Rantaian syarikat-syarikat PKS yang terpilih kepada syarikat-syarikat besar dan multinasional.

(iii) Pembanguan Teknologi PKS:

Program ini bertujuan meningkatkan kemampuan dan keupayaan teknologi PKS melalui Perkhidmatan Khidmat Nasihat Teknologi serta Program Penyelidikan dan Pembangunan. SMIDEC bekerjasama dengan MTDC untuk membantu PKS memperoleh teknologi kritikal untuk pengeluaran serta meningkatkan kualiti produk dan produktiviti melalui Program Perolehan Teknologi. Melalui program ini, Tabung Perolehan Teknologi (TAF) menyediakan sehingga 70 peratus geran separa kepada syarikat milik tempatan untuk:

* pembelian mesin dan peralatan

* lesen teknologi

* hak cipta, protaip dan merekabentuk

* menempatkan rakyat Malaysia di syarikat atau institut latihan luar negara

(iv) Program Pembangunan Pasaran:

SMIDEC berkerjasama dengan MATRADE untuk membantu PKS mencari peluang-peluang pasaran melalui penyertaan di pameran perdagangan tempatan dan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan serta aktiviti-aktiviti promosi yang lain. Geran ITAF 4 disediakan untuk tujuan ini.

(v) Program Peningkatan Kemahiran PKS:

Program ini bertujuan membantu PKS meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam bidang kemahiran kritikal serta meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat-syarikat PKS. SMIDEC berkerjasama dengan 12 Pusat Pembangunan Kemahiran di seluruh negara bagi menyediakan latihan teknikal dan bukan teknikal kepada pekerja-pekerja PKS.

Geran 80 peratus disediakan bagi membiayai kos latihan pekerja-pekerja PKS. Dalam pada itu, PKS yang menyumbang kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia boleh menggunakan peruntukan tersebut bagi membiayai baki 20 peratus kos latihan yang disertai.

(vi) Program Pembangunan Infrastruktur :

Program ini bertujuan menyediakan kawasan perindustrian berkelompok bagi syarikat-syarikat PKS, di manan unit-unit kilang boleh dibeli ataupun disewa dengan harga yang berpatutan. Sebanyak 9 kawasan perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah dibangunkan di seluruh negara.

(vii) Program Khidmat Nasihat:

Khidmat nasihat dan perundingan berkenaan pelbagai insentif dan program untuk PKS dijalankan oleh SMIDEC melalui Klinik Perniagaan (Business Clinic) yang diadakan setiap hari Rabu, jam 9.30 pagi hingga 3.45 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.