VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/11/2001

Konsert Diva...gabung tiga negara

Daripada: ZULKIFLEE BAKAR (JAKARTA)
Tiga artis wanita popular dari Malaysia, Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Fauziah Latiff akan bergabung dengan empat artis popular dari Indonesia dan Filipina dalam satu konsert Divas of South East Asia pada 8 November ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Ini merupakan kali pertama artis dari tiga negara bergabung dalam satu konsert yang dijangka akan disaksikan oleh lebih 6,000 penonton.

Siti Nurhaliza, Sheila dan Fauziah bergabung dengan artis Indonesia iaitu Titi DJ, Kris Dayanti dan Vina Panduwinata serta artis tunggal dari Filipina, Kuh Ledesma.

Pegawai Perhubungan Awam Stesen Televisyen Indosiar, Gufroni Sakaril berkata, konsert yang akan bermula pada pukul 9 malam itu adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara negara-negara anggota ASEAN.

``Buat permulaan kita konsert ini hanya melibatkan tiga negara, mungkin tahun depan kita akan ,menggabungkan artis dari negara-negara ASEAN yang lain pula,'' katanya dalam satu kenyataan.

Dalam konsert yang menelan belanja berpuluh ribu ringgit itu, Nurhaliza, Sheila dan Fauziah akan mendendangkan lagu popular masing-masing iaitu Inikah cinta, Legenda dan Cinta Jangan Kau Pergi.

Manakala Krisdayanti, Titi DJ dan Vina pula akan menyampaikan lagu Mencintaimu, Salahkah Aku, Sang Dewi, Surat Cinta dan Aku Melangkah Lagi dan beberapa lagi lain. Penyanyi Filipina pula, Kuh Ledesma akan menyampaikan lagu ciptaannya, Child.

Kesemua penyanyi itu juga akan menyanyi lagu secara berduet dan solo. Fauziah dan Kuh akan berduet bagi menyampaikan sebuah lagu Inggeris, manakala Kris Dayanti akan berduet dengan Siti Nurhaliza untuk menyampaikan lagu Menghitung Hari.

Mereka akan membuat persembahan berkenaan dengan diiringi oleh Elfa Secioria Orchestra. Pada akhir konsert mereka akan tampil bersama untuk membawa lagu ciptaan Oddie Agam iaitu Antara Anyer dan Jakarta yang cukup popular di Malaysia dan Indonesia serta lagu ciptaan Indra dan Mira Lesmana berjudul Ekspresi.

Menurut Gufroni, kesemua penyanyi berkenaan dipilih menyertai konsert yang julung-julung kali diadakan itu kerana populariti mereka di negara masing-masing.

``Kita yakin kehadiran mereka akan menarik perhatian ribuan peminat muzik Indonesia,'' katanya yang menjelaskan tiket konsert itu dijual antara Rupiah 75,000 hingga Rupiah 200,000 (RM30 hingga RM80).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.