Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
EKONOMI

ARKIB : 13/10/2001
Pilih syarikat insurans berwibawa

Pilih syarikat insurans berwibawa

UTUSAN kini bekerjasama dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mulai hari ini menyiarkan rencana bersiri berkaitan industri insurans di Malaysia terutama insurans am sebagai pendidikan untuk orang ramai yang masih kurang pengetahuan mengenainya. Rencana berkenaan diterbitkan setiap Sabtu dua minggu sekali. Kami harap para pembaca akan mendapat manfaat daripada rencana berkenaan. - Pengarang

Sama ada anda menyedarinya atau tidak, insurans menyentuh hampir semua aspek kehidupan anda. pabila anda membeli kereta, anda disyaratkan di bawah undang-undang untuk membeli insurans motor. Atau apabila anda memohon untuk pinjaman perumahan, bank hanya akan meluluskannya apabila jika anda mempunyai polisi insurans kebakaran. Terdapat pelbagai polisi insurans lain seperti insurans peribadi, insurans perubatan dan kesihatan, insurans perjalanan dan banyak lagi.

Sebelum anda mula meneliti membuat keputusan mengkaji berbagai-bagai polisi-polisi insurans berbeza yang telah anda peroleh, sama ada secara sengaja atau tidak, rencana ini ingin memberikan sedikit kefahaman asas tentang peranan insurans dan memberikan beberapa nasihat yang berguna apabila anda membeli atau memperbaharui insurans.

Sebagai pengguna insurans yang berwibawa maklum, anda bukan sahaja boleh membelanjakan mengusahakan ringgit anda dengan lebih bijak, tetapi juga menjimatkan wang dalam jangka panjang.

Apa itu insurans? Pada asasnya, konsep insurans ialah jikalau sekumpulan besar orang setuju membayar sedikit wang ke dalam satu kumpulan tabung wang, maka dan kemudiannya sejumlah yang agak besar dapat dikeluarkan daripada kumpulan tabung wang tersebut untuk meringankan beban mereka dari kumpulan itu yang mungkin mengalami kerugian.

Mengikut amalan biasa, syarikat insuranslah yang menguruskan tabung wang premium yang dibayar oleh pemegang polisi. Dalam tahun-tahun yang baik, di mana tidak terdapat banyak tuntutan, syarikat insurans dapat membina rizab wang untuk memenuhi keperluan tahun-tahun yang buruk di mana tuntutannya adalah tinggi besar.

Penuh percaya mutlak niat paling baik kontrak atau polisi insurans adalah berdasarkan kepercayaan. Syarikat insurans mempercayai bahawa anda, sebagai pemegang polisi, akan memberikan butir-butir tepat dan benar mengenai perkara yang hendak diinsuranskan. Inilah yang dinamakan prinsip penuh percaya mutlak niat paling baik atau utmost good faith.

Perhatian harus diambilberikan untuk memberikan maklumat yang paling benar supaya syarikat-syarikat insurans dapat membuat penilaian yang wajar tentang risiko. Di samping itu, selepas mendapatkan polisi insurans, anda harus membaca dokumentasi dengan teliti untuk memastikan anda memahami syarat-syarat dan risiko yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh polisi insurans anda.

Nasihat berguna bila membeli tentang pembelian insurans am .

Sebelum anda membuat komitmen untuk membeli polisi insurans, adalah lebih baik jika anda mendapatkan beberapa sebut harga untuk membuat perbandingan. Ini kerana terdapat banyak syarikat insurans untuk dipilih oleh anda. Sebanyak 50 buah daripada syarikat insurans tempatannya menawarkan perlindungan insurans am.

Apabila memilih sebuah syarikat insurans, anda harus memilih syarikat yang memberikan jaminan keselamatan yang baik, perkhidmatan tuntutan yang berwibawa, harga yang berpatutan dan dokumentasi yang pantas.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada ejen-ejen insurans. Bagaimanapun, untuk memastikan anda dilindungi daripada ejen-ejen yang kurang tidak sah jujur, pastikan anda hanya membuat urusan insurans berunding hanya dengan ejen-ejen berdaftar PIAM yang sah.

Apabila memilih ejen, anda harus mencari ejen yang memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan memberi bantuan yang sempurna.

Terdapat lebih daripada 30,000 ejen berdaftar PIAM di semua tempat di Malaysia.

Bagi ahli perniagaan, satu lagi cara mendapatkan nasihat mengenai perlindungan insurans ialah menerusi broker insurans. Broker insurans adalah profesional sepenuh masa yang menasihatkan pelanggan mereka tentang skop perlindungan insurans yang paling sesuai dan syarikat insurans mana yang menawarkan perlindungan pada harga yang memenuhi sesuai dengan keperluan pelanggan individu mereka.

Broker-broker insurans memenuhi banyak fungsi lain bagi pelanggan mereka termasuk memastikan perjanjian insurans dikemaskinikan, memberi nasihat tentang pindaan dan pembaharuan dan mengalirkan bayaran hantar premium daripada pelanggan mereka kepada syarikat-syarikat insurans.

Selepas membuat keputusan membeli sesuatu polisi, bacalah polisi dengan teliti apabila anda menerimanya. Sekiranya terdapat sebarang perkara dalam dokumen yang tidak betul, pemegang polisi dinasihatkan untuk supaya membuat penjelasan dan pertanyaan terus kepada syarikat insurans dan meminta memohon pindaan yang sewajarnya dibuat.

Polisi yang dibeli adalah satu kontrak mengikut undang-undang dan perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan. Justeru adalah lebih baik sekiranya anda menyimpan dokumen ini, yang menyenaraikan insurans yang diambil dan risiko yang dilindungi, dalam tempat yang selamat.

Sebagai pemegang polisi, anda harus sentiasa memastikan bahawa tempoh perlindungan polisi dipantau dan biasanya syarikat-syarikat insurans atau ejen mereka mempunyai sistem di mana peringatan tentang perlindungan yang akan tamat atau tentang tarikh pembaharuan akan dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Untuk mengelakkan insurans daripada tamat atau tidak diperbaharui, premium insurans harus dibayar tepat pada masanya. Adalah lebih baik membuat pembayaran menerusi cek berpalang, dan mencatatkan di belakangnya menyatakan tujuan pembayaran dan jika ada, kalau boleh, nombor polisi anda.

Dinasihatkan juga agar resit yang menyatakan jumlah dan tujuan pembayaran diminta tiap-tiap setiap kali pembayaran premium dibuat.

Di samping membuat bayaran menggunakan cek, beberapa syarikat insurans pada hari ini telah memudahkan lagi cara membayar premium insurans seperti , sama ada melalui kad kredit atau melalui debit terus bank.

Fasal Waranti Premium 60 hari.

Syarikat-syarikat insurans am diperlukan menguatkuasakan fasal Waranti Premium 60 hari bagi kebanyakan semua jenis perlindungan insurans kecuali polisi insurans motor, insurans perjalanan, insurans badan kapal dan bon ikatan insurans.

Di bawah fasal Waranti Premium, pemegang insurans perlu membayar premium yang dikenakan caj bagi insurans dibeli dalam tempoh 60 hari dari tarikh bermulanya atau kuat kuasanya perlindungan insurans tersebut (polisi insurans anda, nota perlindungan dan/atau sijil pembaharuan akan menunjukkan tarikh kuat kuasanya perlindungan itu). Sekiranya premium tidak dibayar menjelang hari ke-60, perlindungan insurans dibatalkan secara automatik pada hari ke-61.

Bagi insurans motor, di bawah undang-undang, perlindungan insurans motor hanya boleh dikeluarkan oleh syarikat insurans atau ejen mereka atas dasar tunai sebelum perlindungan iaitu cash before cover. Ini bermakna premium mesti dibayar sebelum sebarang nota perlindungan atau polisi insurans motor dikeluarkan.

Sebarang soalan mengenai insurans am bolehlah disampaikan kepada:

Persatuan Insuran Am Malaysia, Tingkat 3, Wisma PIAM, 150, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur. Faks: 03-2274 5910 atau e-mel: piam-sec@piam.po.my.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN