VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/09/2001

Elaun Polis Trafik ditambah

ABDULLAH Ahmad Badawi memeriksa kawalan kehormatan sempena majlis perasmian perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, semalam.


BINTULU 20 Sept. - Lebih 3,000 anggota Polis Trafik di seluruh negara akan menerima elaun tambahan RM100 sebulan menjadikan jumlahnya RM350 sebulan sebagai ganjaran dan penghargaan atas kerja keras anggota cawangan itu ketika menjalankan tugas.

Insentif khas itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas merasmikan Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri mengumumkan elaun khas RM250 sebulan kepada 3,793 orang anggota dari pelbagai pangkat cawangan trafik di seluruh negara.

Semasa bercakap kepada pemberita di situ, Abdullah menjelaskan bahawa insentif tambahan RM100 lagi itu diberikan sebagai menghargai sumbangan dan kerja keras semua anggota trafik ketika menjalankan tugas.

``Elaun tambahan RM100 akan diberi kepada lebih 3,000 anggota Polis Trafik di seluruh negara dan sebelum ini anggota cawangan lain sudah menerima elaun bulanan,'' katanya.

Menyentuh perkara yang sama ketika berucap di majlis itu Abdullah memberitahu, elaun seumpama itu wajar diberi kepada anggota polis cawangan berkenaan memandangkan mereka terpaksa menghadapi kesukaran demi tanggungjawab kepada orang awam.

``Polis Trafik terpaksa berjemur panas dan basah terkena hujan dan khidmat mereka kita hargai,'' katanya sambil meluahkan setinggi penghargaan kepada seluruh anggota polis.

Menurutnya, sudah menjadi matlamat pasukan polis memberi perkhidmatan terbaik dengan cepat, betul dan mesra.

Beliau seterusnya berharap supaya semua anggota polis memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara bagi membolehkan segala usaha mereka mendapat sanjungan dan dihormati.

Timbalan Perdana Menteri juga menarik perhatian, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM36 juta untuk membolehkan semua balai polis di seluruh negara dicat baru.

Selain itu, katanya, RM20 juta disediakan untuk membeli kenderaan-kenderaan polis bagi meningkatkan lagi keberkesanan tugasan anggota.

``Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), RM150 juta diperuntukkan termasuk bagi membina beberapa balai polis di Sarawak antaranya di Tebedu, Balingian, Betong dan Limbang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.