VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 Ogos 2014 / 24 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 01/09/2001

Pertanian Pertiwi nuget `5 Star' dapat sambutan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Meskipun masih lagi baru, pengeluar makanan diproses, Pertanian Pertiwi Sdn. Bhd., tetap yakin nuget ayam jenama "5 Star" keluarannya akan mendapat tempat dalam pasaran nuget Malaysia.

Walaupun berdepan dengan persaingan daripada lima pengeluar nuget lain dalam pasaran, syarikat itu yakin dapat menguasai bahagian yang baik dalam pasaran bagi nugetnya berikutan bentuk bintang yang unik, rasanya yang sedap dan harga yang kompetitif.

Nuget "5 Star", yang dilancarkan di Ekspo dan Forum Ternakan Asia 2001 di sini, hari ini, disasarkan terutamanya kepada golongan kanak-kanak, kata pengurus besar bagi pemasaran Pertanian Pertiwi, Ng Tuck Hong.

"Bentuk bintang nuget kami begitu unik. Golongan kanak-kanak terutamanya pasti akan tertarik dengannya," katanya kepada Bernama di acara sampingan eksport tersebut.

Beliau berkata syarikat itu mensasar untuk menguasai antara 15 hingga 20 peratus daripada bahagian pasaran nuget tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pertanian Pertiwi, anggota konglomerat multinasional berasaskan pertanian Thailand, Charoen Pokphand Group, mula menawarkan pelbagai jenis produk ayam diproses di bawah jenama "5 Star" brand, setahun lalu.

Selain nuget, produk lain di bawah jenama tersebut termasuklah ayam goreng, spring roll, kepingan daging, bebola daging, burger dan sosej.

Ketika ini, jenama tersebut menguasai kira-kira lima peratus daripada pasaran produk ayam diproses Malaysia.

Ng berkata syarikat itu menjangka meningkatkan bahagiannya dalam pasaran produk ayam diproses kepada 25 peratus dalam tempoh tiga tahun. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.