ARKIB : 26/08/2001
`Kisahmu Belum Berakhir' menang Pertandingan Lagu Patriotik Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Lagu
Kemenangan itu membolehkan penciptanya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi iringan.
Tempat kedua dimenangi oleh Azim Sulaiman, 24, dengan lagunya Negaraku Malaysia manakala tempat ketiga diraih oleh Nisha Arunasalam, 21, dengan lagu ciptaannya berjudul One Nation, One Land.
Azim memenangi hadiah wang tunai RM20,000 sementara Nisha membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,500.
Semua hadiah disumbangkan oleh Kolej Muzik Antarabangsa Malaysia (ICOM).
Seramai 12 pencipta muda berusia antara 17 dan 25 tahun terpilih ke peringkat akhir pertandingan lagu patriotik tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut menerima cenderamata istimewa berupa sebuah gitar elektrik buatan tangan.
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









