VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 17/08/2001

Farisha sedia berlakon filem

WALAUPUN sudah 10 tahun membabitkan diri dalam bidang lakonan, namun pelakon Farisha Irwayu Ghali tidak berjaya meletakkan namanya di tempat yang kukuh.

Kehadirannya dalam bidang seni seperti tenggelam timbul berbanding pelakon lain yang sentiasa menyeri dalam dunia lakonan.

Dia yang telah berlakon lebih daripada 30 buah drama yang kebanyakannya drama-drama terbitan HVD mengakui namanya kurang menyerlah.

Farisha atau lebih mesra dengan panggilan Ayu mengakui perkara itu berlaku kerana dia kurang mendapat pendedahan daripada pihak media ekoran sibuk dengan lakonan.

Sekarang ini, Ayu ingin aktif semula setelah dua tahun menyepikan diri dari dunia lakonan kerana mendirikan rumah tangga.

Sebagai permulaan, dia berharap telefilem berbentuk video, Neurose Dwi terbitan Cine Art dapat mengembalikan namanya dalam persada seni.

Menerusi Neurose Dwi, Ayu memegang watak Nasha kekasih kepada doktor Rizal lakonan Badrul Muhayat.

``Watak Ayu dalam Neurose Dwi tidak berat, tetapi Ayu suka telefilem ini kerana banyak adegan suspen dan thriller,'' kata.

Walaupun telefilem arahan Silver Chung tidak disiarkan di kaca TV, Ayu tetap yakin ia akan mendapat tempat di hati penonton.

``Dengan adanya promosi menerusi pelakon dan iklan di akhbar, Ayu yakin orang ramai akan sedar mengenainya.

``Kalau disiarkan di TV, mungkin orang tidak berpeluang tengok waktu tayangan.

``Menerusi penjualan home video, orang dapat menontonnya berulang kali,'' ujarnya.

Malahan, katanya lagi, ada juga di antara rakan-rakan yang tanya bila dia akan berlakon filem berdasarkan kepada iklan yang disiarkan di akhbar.

Melihat pada reaksi rakan-rakan seni yang lain, Ayu yakin kemunculannya kali ini tetap mendapat perhatian ramai.

Ayu yang dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Khairan Ahmad Kamal, setahun tujuh bulan, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Kamal mengakui perjalanan seninya masih jauh.

Berpandukan kepada pengalaman silam, Ayu sedar, dia perlu mendekatkan diri dengan pihak media untuk menghebahkan perkembangan kerjayanya.

Dulu kerana terikat dengan jadual lakonan, pelakon itu terpaksa menolak banyak undangan media untuk sesi fotografi.

Selain berlakon drama, dia yang mendambakan gelaran pelakon wanita terbaik seperti Wan Nor Azlin juga ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan teater dan filem.

Jelasnya, dulu apabila mendapat tawaran berlakon filem, dia tidak dapat menerimanya kerana terikat dengan jadual lakonan drama.

Walaupun dia teringin berlakon filem, namun Ayu akan tapis dulu tawaran tersebut. Ujarnya, dia tidak mahu filem pertama lakonannya itu akan membuatkan namanya tenggelam.

``Kata orang, yang pertama itu penting kerana ia adalah penentu kejayaan. Kalau yang pertama sudah tidak bagus macam mana orang hendak tawar yang seterusnya,''tambahnya.

Sebab itulah. kata Ayu, dia memastikan siapa pengarah dan jalan cerita filem yang ditawarkan kepadanya.

``Ayu sanggup tunggu waktu yang sesuai,'' katanya yang ingin berlakon filem arahan Aziz M. Osman, Shuhaimi Baba dan Erma Fatima.

Dia yang mula mendapat perhatian ramai menerusi drama bersiri Ros Anita mengakui pembabitannya dalam bidang lakonan adalah kerana minat dan bukan untuk memburu glamor.

Kata Ayu, orang yang mengejar glamor tidak akan ke mana kerana populariti tidak akan kekal selama-lamanya berbanding bakat yang ditonjolkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.