VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/08/2001

Penyayang ...lancar kempen keluarga bahagia


Hendon (kiri) bertukar dokumen dengan Shahrizat pada majlis menandatangani Perkongsian Bijak antara Penyayang dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
Membentuk keluarga bahagia bukan perkara mudah lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat yang serba pantas dan mencabar.

Walau begitu, tidak dapat dinafikan bahawa keluarga yang penuh kasih sayang dan interaksi mampu melahirkan insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Malah, keluarga bahagia bukan sahaja rahsia kepada sebuah kejayaan, tetapi juga tonggak dan nadi kepada pembangunan dan kestabilan negara.

Bersandarkan hakikat tersebut, Yayasan Budi Penyayang (Penyayang) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga tampil melancarkan Kempen Keluarga Bahagia.

Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, Leela Mohd. Ali berkata, kempen dengan tema `Keluarga Bahagia Nadi Kesejahteraan Negara' membawa misi meningkatkan kualiti keluarga.

``Idea Kempen Keluarga Bahagia timbul berikutan fenomena keruntuhan nilai dan akhlak yang berleluasa dalam institusi keluarga dan masyarakat hari ini.

``Ia merupakan ilham Pengerusi Penyayang, Datin Seri Hendon Mahmood yang berpendapat perlu ada sesuatu untuk meningkatkan kualiti keluarga,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani Perkongsian Bijak antara Penyayang dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Memorandum itu ditandatangani oleh Datuk Shahrizat Jalil dan Ketua Setiausaha, Datin Faizah mewakili kementerian, manakala Hendon dan Leela mewakili Penyayang.

Menurut Leela, melalui kempen ini, pihaknya berharap dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan institusi keluarga sebagai pemangkin kepada bangsa yang progresif dan dinamik.

``Kempen ini diharap dapat memperkukuh dan memperluaskan interaksi dalam keluarga dan masyarakat serta melahirkan sikap prihatin dalam setiap golongan.

``Ia bukan semata-mata satu kempen sosial, tetapi kelahiran semula rakyat Malaysia daripada nilai-nilai yang tidak lapuk serta sebagai kunci kepada rakyat yang bersatu-padu,'' tegasnya.

Tambah beliau, dengan berinspirasikan rakyat, Kempen Keluarga Bahagia akan meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia, bangsa, agama dan fahaman politik.

Kumpulan sasar kempen juga meliputi semua sama ada kanak-kanak, remaja, remaja dewasa, pasangan muda, pertengahan umur dan mereka yang lanjut usia.

Kata Leela, pihaknya dengan kerjasama kementerian akan turun padang untuk mengenal pasti masalah, punca, cara mengatasi dan keperluan bagi setiap kumpulan sasar

``Berdasarkan maklumat tersebut, kita akan merangka strategi serta aktiviti yang bersesuaian serta menepati keperluan untuk tempoh jangka panjang mahupun jangka pendek.

``Semua program dan aktiviti akan berasaskan perkembangan anak-anak, rasa hormat kepada golongan tua, saling memahami dan menghormati budaya masing-masing, semangat kejiranan, gotong- royong dan lain-lain,'' katanya lagi.

Bagi memastikan kempen selama 15 bulan itu mencapai matlamat, Leela menyeru agar pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta tampil memainkan peranan.

``Kami mahu ia dijayakan oleh semua pihak dengan menghulurkan apa jua sumbangan agar kempen berhasil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.