VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 31/07/2001

Hanya 2,000 IKS mohon pakej bantuan

IPOH 30 Julai - Hanya 10 peratus daripada 20,000 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia memohon dan menggunakan kemudahan pelbagai pakej bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, kesedaran dan pengetahuan yang begitu rendah merupakan punca timbulnya sikap tidak suka ambil tahu di kalangan pengusaha IKS mengenai perkara tersebut.

Kata beliau, apa yang menyedihkan, ada pengusaha IKS menuduh kerajaan tidak membantu mereka sedangkan ada usahawan IKS lain mengetahui akan perkara tersebut dan telah pun memanfaatkannya.

``Sebenarnya kerajaan bukan saja tidak membezakan di antara projek kecil dengan yang besar tetapi telah menyediakan insentif-insentif khas dan tambahan serta dasar-dasar dan pakej kemudahan yang khusus untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

``Aktiviti-aktiviti yang diberi tumpuan bukan semata-mata bidang industri seperti elektrik, elektronik atau kejuruteraan, peralatan dan mesin tetapi menyeluruh termasuk pertanian herba, ternakan ikan dan udang, barangan kayu, hiasan dan cenderamata, makanan, perabot serta pelbagai komponen.

``Yang penting ialah usahawan perlu proaktif dalam memperoleh segala maklumat yang ada yang boleh membantu mereka untuk lebih berdaya saing. Alasan usahawan tidak mengetahui atau menyedari tentang adanya dasar, keistimewaan dan kemudahan yang disediakan tidak boleh langsung diterima, ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar perdagangan Karnival Perak 2001 di sini, hari ini.

Menurutnya, kegagalan mengetahui dan menggunakan kemudahan tersebut dengan efektif secara tidak langsung mencerminkan bahawa pengurusan syarikat IKS di negara ini begitu lemah.

Beliau berkata, dalam pasaran yang semakin bersaing, setiap perkembangan yang ada kaitan dengan mana-mana aspek industri akan memberi kesan kepada setiap syarikat IKS.

``Maka aspek maklumat pasaran adalah penting untuk diberikan tumpuan supaya syarikat tidak ketinggalan dalam mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk bergerak balas kepada perkembangan dalam pasaran yang berlaku secara berterusan, tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru usahawan IKS menyusun semula strategi bagi membolehkan mereka memanfaatkan kemudahan dan maklumat pasaran yang ada secara optimum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.