VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 11/07/2001

760 hektar tanah terbakar -- Mengakibatkan jerebu tebal di sekitar Lembah Klang sejak awal pagi


KEBAKARAN hutan simpan di Johan Setia, Klang semalam mengakibatkan jerebu tebal melanda sekitar Lembah Klang. - Gambar ZAKARIA NOOR.


Oleh:RADZUAN HASSAN
KLANG 10 Julai - Tiga kawasan hutan simpan dan tanah gambut seluas 760 hektar di Selangor musnah dalam kebakaran hingga menyebabkan jerebu tebal sekitar Lembah Klang sejak awal pagi ini.

Tiga kawasan itu ialah sepanjang lebuh raya Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Batang Berjuntai di Kuala Selangor dan Johan Setia di Klang.

Kebakaran di kawasan tanah gambut itu bermula sejak kelmarin yang turut mengakibatkan api membakar tanah di situ sedalam empat meter.

Kerja-kerja memadam sepenuhnya kebakaran itu dijangka mengambil masa seminggu. Ia dikhuatiri memburukkan keadaan jerebu yang mula melanda antaranya berpunca daripada kebakaran besar-besaran di Indonesia.

Berikutan kebakaran itu yang dikhuatiri merebak, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini membuat tinjauan dari udara menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat keadaan lokasi kebakaran terlibat.

Dr. Mohamad Khir berkata, kebakaran itu pada masa yang sama menyebabkan jerebu hingga mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sebanyak 112.

``Keadaan ini diklasifikasikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai kadar yang tidak elok untuk kesihatan,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat mengenai kebakaran di Johan Setia daripada Pegawai Daerah Klang, Datuk Lutfi Hashim dan Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Klang, Hilman Abdul Rashid di pusat operasi di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia di sini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan dan Pengarah JAS Selangor, Jalaluddin Ismail.

Sehubungan itu, gerakan mengawal dan memadamkan kebakaran membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan beberapa jabatan lain, telah dimulakan.

Dr. Mohd. Khir menambah, pihak berkuasa akan memastikan usaha menangani kebakaran tanah gambut itu diteruskan termasuk membuat parit dengan menggunakan jentera berat di sekitar kawasan kebakaran bagi membendung api daripada merebak.

Katanya, operasi memadam kebakaran juga melibatkan penggunaan helikopter dan seterusnya teknik hujan tiruan sekiranya keadaan terdesak.

``Penggunaan helikopter kini tertumpu di Sepang dan Batang Berjuntai kerana di situ adalah kawasan hutan simpan.

``Perhatian juga diberi di kawasan Johan Setia bagi memastikan api tidak merebak ke saluran paip gas bawah tanah,'' katanya.

Menteri Besar menambah, operasi memadamkan kebakaran itu bukan mudah kerana ia melibatkan kawasan hutan tanah gambut yang mana tanahnya mudah jerlus.

Selain itu, beliau mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap pemilik tanah terlibat dalam pembakaran terbuka di sekitar Johan Setia.

Ini kerana katanya, kebakaran di tiga kawasan berkenaan dipercayai dilakukan oleh penduduk yang mahu menjadikannya sebagai kawasan pertanian tanpa menghiraukan keselamatan kawasan sekitar.

Dr. Khir bagaimanapun yakin operasi memadamkan kebakaran itu akan berjaya sepenuhnya dalam tempoh seminggu kerana sekeliling kawasan terbabit telah dibina parit bagi menghindarkan ia merebak.

``Pasukan bomba dan agensi terbabit kini giat membina parit di sekeliling kawasan kebakaran. Pasukan terbabit tidak boleh dihantar dalam kawasan tanah gambut itu kerana ia sangat berbahaya,'' katanya.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan beberapa sekolah di kawasan terlibat supaya jangan membenarkan pelajar terbabit dengan aktiviti luar kelas atas faktor-faktor kesihatan.

Pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan telah diarah supaya memantau perkembangan kesihatan para pelajar terutama mereka yang menghidap penyakit lelah.

``Pihak sekolah diminta prihatin dengan kesihatan pelajar dan mengelakkan sebarang aktiviti luar kelas,'' katanya.

Sementara itu sebanyak 1,010 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia di sini dibenarkan cuti sehingga Jumaat ini ekoran keadaan jerebu.

Guru Besar sekolah berkenaan, Dzulkifli Mohd. Zaman memberitahu, keadaan jerebu terutama pada waktu pagi agak membimbangkan.

Langkah memberi cuti pada pelajar itu dilakukan ekoran kedudukan sekolah berkenaan yang terletak terlalu hampir dengan kawasan kebakaran di Johan Setia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.