VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 01/07/2001

Za lancar produk kecantikan baru


MODEL-MODEL bersama produk Za yang baru dilancarkan.


Oleh: AIZAWATI AHMAD
ADAKAH anda mengalami masalah kulit yang berminyak dan sering berhadapan dengan masalah muka berjerawat? Kini produk rumusan terbaru keluaran Za memberikan anda harapan bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggu diri anda.

Malah produk tersebut juga yang direka cipta khas untuk golongan muda khususnya wanita mudah dibawa ke mana-mana dengan hanya menyimpannya di dalam tas tangan anda.

Formula terbaru yang ditemui oleh Za dikatakan berjaya mengurangkan masalah kulit berminyak terutama di kawasan zon T muka.

Produk Za kali ini dilengkapi dengan pakej tiga barangan kecantikan khusus untuk mereka yang berhadapan masalah kulit berminyak kawasan zon T.

Produk yang dimaksudkan iaitu Za Fixy-Up, Za Cleansmax dan Za Groovy Smoovy.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Pengiklanan Tung Pao Sdn. Bhd., Melissa Tan, Za Fixy-Up merupakan losen zon T dalam bentuk bedak losen yang berupaya melindungi kawasan zon T daripada berminyak dan melekit.

``Oleh kerana produk Za Fixy-Up direka dalam bentuk botol semburan pengguna hanya perlu menyembur ke arah permukaan kulit mereka bagi mendapatkan hasil terbaik,'' kata Melissa.

Jelas beliau, Za Fixy-Up juga mudah disimpan di dalam tas tangan kerana botolnya yang kecil dan ringan.

Sementara itu, Za Cleansmax pula berfungsi untuk menanggalkan alat solek ataupun kotoran di muka.

Bahan cecair pencuci tersebut turut membantu mengekalkan keselesaan kulit kerana ia mampu menghalangnya daripada berminyak.

Para pengguna akan berasa permukaan kulit lebih lembut dan produk itu juga berfungsi menggantikan sel kulit lama kepada yang baru.

``Untuk menggunakannya, pengguna hanya memerlukan tisu muka bagi membuang kotoran tersebut,'' ujar Melissa.

Melissa menambah, Za Groovy Smoovy pula digunakan bukan saja untuk menghilangkan rasa melekit tetapi ia turut menghalang blackheads daripada tumbuh di permukaan hidung.

Produk berkenaan berperanan untuk menapis minyak daripada menyerap masuk ke liang-liang roma dan melindungi sekitar hidung daripada kelihatan lembap.

Selain itu, Za turut mengeluarkan produk alat solek terbaru iaitu Za Ever Brows dan Za Ever Liner.

Za Ever Brows merupakan alat solek untuk alis mata yang dilengkapi dengan tiga pilihan warna menarik iaitu natural gray, natural brown dan bordeaux brown.

Manakala Za Ever Liner pula direka khusus untuk eye liner dan pengguna mempunyai tiga pilihan warna iaitu hitam, coklat gelap dan biru navy.

Kedua-dua produk itu dilengkapi dengan formula melindungi kulit berminyak, melekit dan pigmentasi.

Bagi anda yang berminat, produk terbaru daripada Za kini telah berada di pasaran dengan harga sekitar RM24.90 hingga RM33.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.