VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 02/06/2001

Syor atasi masalah pesara tentera

IZINKAN saya memberi pandangan mengenai cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Senator Datuk Mohamad Ghani di Dewan Negara supaya anggota tentera dibenarkan bersara pada umur 55 tahun untuk mengelak pemberhentian anggota tentera pada usia muda dan mungkin memberi masalah kepada negara jika mereka tiada pekerjaan tetap selepas tamat perkhidmatan.

Namun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak cadangan tersebut dengan alasan perkhidmatan tentera memerlukan tenaga muda untuk berjuang mempertahankan negara kecuali pangkat tertentu apa lagi perkhidmatan tentera tertakluk kepada Peraturan Majlis Angkatan Tentera (PMAT) - yang akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuaratnya tidak lama lagi di mana menteri sendiri akan terlibat.

Pada saya saranan dan penolakan kedua-dua pemimpin tersebut memang mempunyai alasan dan rasional tersendiri. Kedua-dua mereka mengambil kira kebajikan tentera atau bekas tentera juga mengambil kira kepentingan negara. Memang menyelesaikan perkara ini agak rumit umpama perumpamaan `ditelan mati emak diluah mati bapa' tetapi jika kita masih mahu mencari kebaikan supaya berlaku menang-menang mungkin masalah ini dapat dikurangkan walaupun tidak seratus peratus dan mengambil masa.

Kita sedia maklum perkhidmatan tentera terbahagi kepada pelbagai perkhidmatan; darat, laut dan udara. Dalam tentera darat terdapat berbagai unit atau kor yang pada hakikatnya bukan berperang seratus peratus. Tugas perang atau operasi ditanggung seratus peratus oleh anggota infantri dan anggota Medic serta sedikit lain-lain kor. Kebanyakan remaja yang menyertai tentera berumur belasan tahun.

Saya cadangkan supaya PMAT dipinda dengan mensyaratkan semua anggota yang baru menyertai tentera dimestikan menganggotai pasukan infantri dan pergi berperang terlebih dahulu. Mereka yang berkelayakan dibenarkan menyertai lain-lain kor atau unit yang tidak bertugas khusus di medan tempur setelah berkhidmat sebagai mengalami kecederaan kekal di medan tempur atau semasa bertugas untuk bertukar ke kor lain.

Bagi mereka yang bertugas seperti kerani, jururawat, tukang masak, jurusemboyan, pemandu dan macam-macam lagi yang tidak terlibat secara aktif dalam operasi tentera atau pikul senapang patutlah dibenarkan dapat berkhidmat sehingga bersara pada umur 55 tahun.

Dengan cara ini kita dapat mengurangkan masalah pemberhentian tentera seperti sekarang dan semua tentera kita berpengalaman dan berpotensi untuk berperang. Bagi anggota yang tidak memiliki kelayakan yang sesuai atau gagal ke lain-lain kor terpaksalah berhenti pada usia 40-an seperti sekarang.

Untuk mereka ini kerajaan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan semua agensi berkaitan perlulah membenarkan dan menyediakan mereka dengan kursus-kursus yang betul-betul dapat menjadikan mereka boleh berdikari setelah tamat perkhidmatan ataupun menyediakan peluang pekerjaan secukupnya kepada mereka dan memberi keutamaan pekerjaan kepada bekas tentera supaya kehidupan mereka tidak terbiar dan pening kepala macam sekarang ini.

Kerajaan perlulah bersungguh-sungguh menyediakan kursus kemahiran kepada mereka dan memastikan tahap kemahiran itu betul-betul tinggi di samping memberi bimbingan dan kesedaran kepada mereka mengenai keperluan atau kehendak dan harapan pihak swasta atau pihak awam supaya mereka tidak berlagak sangat mentang-mentang mereka bekas tentera.

Keperluan asas bagi setiap bekas tentera ialah jaminan pekerjaan dan tempat tinggal. Kerajaan juga boleh memikirkan dan menyediakan industri tertentu khusus untuk mereka dengan menyediakan kursus peralihan yang sesuai dengan keperluan industri berkenaan dan mereka yang ingin menyertainya perlu membeli saham syarikat tersebut dengan jumlah yang ditentukan supaya mereka lebih komited dalam pekerjaan masing-masing di samping syarikat juga mendapat suntikan modal yang berterusan bagi membolehkannya mempelbagaikan produk atau membesarkan operasi dan sebagainya.

Setelah mahir atau mendapat pekerjaan lain mereka harus dibenarkan meninggalkan syarikat dengan menjual balik modal saham mereka. Di syarikat ini juga kerajaan masih boleh menubuhkan pasukan tentera simpanan yang memang pun sudah terlatih cuma setakat nak gilap supaya jangan berkarat sahaja tetapi disiplinnya perlulah disesuaikan ikut kesesuaian. Janganlah sampai nak simpan janggut pun tak boleh juga, mereka masih lagi terasa terkongkong macam tahanan bagilah sedikit kelonggaran dan kurangkan tekanan mereka.

Mungkin cadangan ini dilihat akan mengurangkan peluang golongan rakyat yang lain tetapi cadangan ini perlu dilihat sebagai cara yang dapat memberi galakan kepada remaja hari ini menyertai tentera yang mana keperluan kepada perkhidmatan tentera hari ini semakin terdesak apa lagi setiap warganegara seharusnya mencurah bakti mempertahankan negara.

Dalam jangka panjang pula Malaysia akan memiliki jutaan rakyat terdiri daripada anggota tentera sukarela yang terlatih, berpengalaman dan mampu mempertahankan negara, bayangkan berapa kali negara untung.

ATM sendiri perlulah menilai semula - jika boleh buat post mortem mengenai penekanan dan penguatkuasaan disiplin di kalangan anggota bawahannya. Jangan nanti kerana disiplin inilah ramai tentera meninggalkan perkhidmatan, jika benar begini jelas sekali disiplin tentera telah merosakkan badan itu sendiri dan membahayakan negara, ATM tidak boleh `syok sendiri' saja.

Ingatlah tentera Israel boleh simpan janggut tetapi mereka diiktiraf antara tentera yang terbaik di dunia kini, jadi tidaklah rosak disiplin tentera kerana janggutnya.

Semasa saya berkhidmat dalam tentera pada tahun 1984 pasukan saya bertugas di Lundu, Sarawak, pasukan kami menubuhkan sebuah platun dikenali sebagai Platun Harimau. Anggotanya dibenarkan menyimpan rambut panjang dan berjanggut - jelas sekali bertentangan dengan disiplin tentera ketika itu. Tugas mereka khusus memburu pengganas Komunis, jika ada maklumat mengenai kegiatan komunis tengah malam pun mereka bangun masuk operasi, tugas ini bukan sahaja tidak membebankan mereka tetapi mereka lebih gembira masuk ke hutan daripada berkawad dan mengawal di dalam kem. - ABDUL HAMID BIDIN, Hulu Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.