VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 30/05/2001

Arrow tampil dengan album baru

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
KUMPULAN Arrow diingati menerusi lagu berjudul Aku Tak Marah yang dianggap antara permulaan kepada rentak lagu-lagu yang berlirik ringkas dan bersahaja.

Selain itu, lagu seperti Terimalah Sayang Cintaku Seadanya, Sumpah Tak Buat Lagi dan Tak Percaya Tak Apa, turut memperkenalkan Arrow dengan identiti tersendiri di mata peminat.

Walaupun ada yang menganggap kecenderungan lagu-lagu seperti itu boleh merosakkan bahasa terutamanya di kalangan remaja, lagu sepertinya terus melambak di pasaran.

Malah dengan pelbagai judul yang juga ringkas dan agak melucukan, lagu-lagu berkenaan mendapat tempat di hati peminat.

Kumpulan Arrow juga dianggap cukup sinonim dengan lirik-lirik sedemikian, dan tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa lagu-lagu seperti itu, sukar untuk mereka meraih populariti.

``Saya hanya menyanyikan lagu yang telah dicipta oleh orang lain. Tugas saya hanya menghayatinya dan kebetulan pula, lagu-lagu berkenaan mempunyai lirik yang ringkas dan mudah.

``Saya berpendapat, lagu seperti ini lebih mudah dihayati oleh pendengar berbanding lagu-lagu berlirik simbolik,'' jelas penyanyi utama Arrow, Renggo.

Mencecah usia tujuh tahun, Arrow kini mampu berbangga apabila masih terus bertahan sehingga sekarang di dalam dunia hiburan tempatan.

Malah, lebih membanggakan apabila album terbaru mereka terus sahaja berada di pasaran setiap tahun walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi.

``Kami beruntung kerana bernaung di bawah syarikat rakaman kecil seperti FMC ``Ketika rakan-rakan artis lain tidak diberi peluang merakamkan album terbaru, kami terus diberi peluang muncul dengan album terbaru. Begitu juga rakan-rakan lain di syarikat rakaman yang sama,'' jelasnya lagi.

Arrow baru sahaja muncul dengan album terbaru berjudul Panahan Berbisa yang merupakan album ketujuh mereka.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini lagu ciptaan komposer popular Eddie Hamid berjudul Dah Berpisah Apa Nak Buat.

Menurut Eddie, lagu berkenaan dirakamkan hasil kesinambungan kepada beberapa lagu popular ciptaannya nyanyian Renggo sebelum ini.

``Kesesuaian suara Renggo dengan lagu-lagu ciptaan saya membuatkan kami senang berkerjasama. Malah, saya merasakan Renggo adalah penyanyi lelaki yang paling sesuai menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya,''jelas Eddie.

Antara lagu lain yang turut dimuatkan ialah Dalam Bunga Ada Harum, Lentera Cintaku Kegelapan, Ada Indah Menunggu, Bahagiakanku Dengannya, Aduhai Cinta dan Tangis Tak Berair mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.