VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/04/2001

Kadar tol lebuh raya bertingkat Ampang-KL diharap berpatutan

KUALA LUMPUR 27 April - Ahli Parlimen Ampang Jaya, Datuk Ong Tee Keat berharap kadar tol di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur yang mula dibuka kepada orang ramai 17 Mei ini tidak akan melebihi RM1.

Jumlah ini, katanya, adalah berpatutan dan tidak akan membebankan pengguna.

Menurut Ong, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu semasa mengadakan dialog dengan pihaknya Mac lalu.

``Dalam dialog tersebut, saya telah menyampaikan hasrat penduduk Ampang Jaya agar kadar tol yang dikenakan tidak membebankan,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis bersama rakyat di sini hari ini.

Menurut Ong, pihaknya tidak mengharapkan sesuatu yang percuma daripada pembangunan yang disediakan oleh kerajaan tetapi biarlah ia berpatutan.

Semalam, Samy Vellu mengumumkan pembukaan lebuh raya tersebut kepada orang ramai selepas tertunda hampir lima bulan walaupun telah siap akhir tahun lalu.

Dalam pada itu, ia juga berstatus bebas tol selama dua minggu sebagai percubaan bermula 17 Mei hingga 31 Mei depan.

Menurut Samy Vellu lagi, kabinet akan menentukan kadar tol kemudian dan kutipan dimulakan pada 1 Jun depan.

Projek Lebuh Raya Ampang-Kuala Lumpur itu sepanjang 7.4 kilometer menelan belanja RM813 juta, iaitu lebih RM70 juta daripada kos asal.

Ia bermula dari Taman Ampang Utama ke Jalan Sultan Ismail dan perjalanan hanya mengambil masa selama 10 minit berbanding 30 minit melalui jalan raya biasa.

Projek itu telah dibangunkan oleh Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas) yang telah diberi konsesi selama 33 tahun oleh kerajaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.