VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 24/04/2001

Pesaka gantung Zakri, Azlinda


ZAKRI IBRAHIM.


Oleh A. JAILANI ABDULLAH
HARAPAN emas negara pada Sukan SEA September ini menerima tamparan hebat apabila dua juara dunia silat olahraga, Zakri Ibrahim dan Azlinda Ahmad terpaksa digantung atas dakwaan menimbulkan masalah disiplin.

Selain kedua-dua jaguh itu, difahamkan bahawa Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), badan induk silat negara turut menggantung enam pesilat lain, juga atas masalah disiplin.

Semua pesilat itu, termasuk Zakri dan Azlinda berada dalam kumpulan A dan sedang mengikuti program latihan persediaan ke Sukan SEA XXI Kuala Lumpur September ini.

Setiausaha Agung Pesaka, Megat Zulkarnain Omar Din berkata, Jawatankuasa Tatatertib Pesaka yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Ibrahim Saad akan mendengar kes pesilat terbabit hari ini.

Megat Zulkarnain bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, hanya berkata: ``Mereka digantung kerana masalah disiplin. Buat masa ini Zakri dan Azlinda telah digantung sementara menunggu kes mereka dibicarakan.''

Beliau juga enggan menjelaskan kesalahan disiplin para pesilat terbabit.

``Saya tidak boleh memberitahu lebih lanjut... kita serahkan kepada Datuk Ibrahim untuk mengumumkan keputusan muktamad ke atas mereka esok.''

Pesaka telah meletakkan sasaran untuk memenangi lapan pingat emas dalam Sukan SEA XXI Kuala Lumpur September ini. Zakri dan Azlinda adalah pertaruhan terbaik mereka selepas kedua-dua pesilat itu muncul juara dalam Kejohanan Silat Dunia di Jakarta November lepas.

Zakri apabila dihubungi juga tidak mengulas panjang.

``Kami akan memberikan keterangan untuk mempertahankan diri dari dakwaan ini,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.