VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 15/04/2001

Semangat baru Sheril Aida

MASIHKAH ada di kalangan peminat seni tanah air yang mengingati penyanyi terkenal Sharifah Sheril Aida yang pernah membina nama dengan lagu Tiada Arah Tujuan?

Barangkali bukan sesuatu yang mudah untuk dikikis ingatan itu kerana penyanyi yang kini bergelar Datin Sharifah Sheril Aida punya sejarah yang tersendiri.

Setelah 13 tahun meninggalkan bidang seni kerana memberi tumpuan kepada rumah tangga, kini artis itu yang juga isteri kepada bekas timbalan menteri, Datuk Railey Jeffrey kembali menyinari dunia hiburan tanah air.

Sempat merakamkan sebuah album, Sheril Aida yang kini berusia 32 tahun tetap ramah dan masih merendah diri.

Dalam satu pertemuan dengannya di studio Nearfield, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, Sheril leka bercerita tentang semangat barunya.

Masih pekat dengan loghat utara, adik kepada penyanyi Syed Sobrie ini memberitahu, sebab utama dia kembali aktif dalam bidang seni adalah semata-mata untuk mengubat kerinduannya.

``Sebenarnya saya dah rindu sangat nak menyanyi balik, tetapi faham-faham sajalah masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian kerana kesibukan menguruskan rumah tangga.

``Oleh itu, apabila kebelakangan ini saya mempunyai banyak masa lapang, saya membuat pertimbangan untuk kembali meneruskan bidang nyanyian,'' jelas Sheril yang tidak habis-habis melemparkan senyuman.

Menceritakan keputusannya kembali melibatkan diri dalam dunia artis, Sheril memberitahu, segala-galanya bermula apabila dia mengadakan persembahan surprise pada malam hari ulang tahun kelahiran suaminya tahun lalu.

Persembahan itu, kata Sheril, merupakan hadiah hari jadi buat suaminya selepas 13 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

``Bermula dari situ saya rasa macam dah gian nak menyanyi. Kawan-kawan pula banyak memberi sokongan kepada saya dan suami pula terkejut tengok saya begitu beria-ia,'' cerita Sheril lagi sambil tergelak kecil.

Bertitik tolak daripada pengalaman itu, dia menyuarakan hasrat kepada suaminya.

Lampu hijau diperoleh, hasrat itu tidak ditentang, sebaliknya disambut dengan jawapan positif oleh Railey yang mengizinkan isterinya meneruskan bidang seni yang pernah disertainya 13 tahun dahulu.

``Suami banyak memberi sokongan tetapi cuma satu pesannya kepada saya: Jaga diri baik-baik serta jangan abaikan keluarga,'' jelas Sheril mengenai pesan suaminya itu.

Sheril turut memberitahu, suaminya juga lebih selesa andainya untuk kemunculan terbarunya itu Sheril diawasi oleh abang Sheril sendiri iaitu Syed Sobrie dalam segenap urusan berkaitan dengan karier seninya.

Syed Sobrie menyelaraskan urusan penerbitan album manakala isterinya yang juga artis terkenal Azie bertindak selaku guru vokal bagi Sheril.

``Syed Sobrie dan isterinya Azie sentiasa akan bersama saya untuk memastikan karier seni saya berjalan lancar,'' terang Sheril.

Untuk kemunculan terbarunya, ibu kepada empat cahaya mata Nur Tania, 12, Hazrul, 9, Puteri, 7, dan Hafiz, 3, ini bukan setakat mendapat khidmat abangnya dalam proses penerbitan album.

Sebaliknya, Sheril bertuah kerana dia turut menggunakan khidmat komposer muda Ajai, Helen Yap, Aidid dan Hadi.

``Seronok sangat kerana saya dapat bekerjasama dengan mereka yang mempunyai kewibawaan tersendiri,'' kata Sheril yang ditemui ketika dia sedang merakamkan lagu ciptaan Helen.

Pembabitan Sheril kali ini bukan sekadar menyumbangkan suara semata-mata, sebaliknya Sheril juga menulis tiga lirik untuk lagu Layar Kasih Putih, Ku Syukuri dan Bersamamu.

Buat masa ini, Sheril tidak dapat mengesahkan syarikat rakaman mana yang akan disertainya kerana semuanya masih dalam peringkat perbincangan.

Ditanya apakah album barunya merupakan sebuah album dedikasi untuk suaminya, Sheril tidak menafi atau mengiakannya.

Cuma senyuman penuh manis dilemparkan oleh Sheril dan itu sudah cukup untuk mengiakan pertanyaan saya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.