VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 31/03/2001

Keropok lekor - Normah luaskan perniagaan


NORMAH dan suami sibuk menyediakan keropok lekor `bercita rasa Melaka'.


Oleh: AMIRUDDIN HARUN
KEROPOK lekor biasanya sering dikaitkan dengan negeri-negeri di sebelah Pantai Timur negara ini. Dengan bekalan ikan yang mudah diperoleh golongan wanita di negeri tersebut sentiasa sibuk menghasilkan keropok lekor.

Namun semangat dan kegigihan seorang anak kelahiran Terengganu, Normah Abu Bakar, 49, telah berjaya memperluaskan industri kampung yang terkenal di Pantai Timur ini ke selatan negara ini, iaitu Melaka.

Berbekal pengalaman membantu jirannya membuat keropok lekor semasa kecil, Normah kini mampu berbangga apabila berjaya mengeluarkan keropok lekor yang dinamakan `Mini Lekor Normah' secara meluas di sekitar selatan tanah air.

Menurutnya, dia mula mengeluarkan keropok lekor ini secara kecil-kecilan setelah mengikut suaminya berpindah ke Melaka dari Terengganu pada tahun 1997.

``Berbekalkan modal sebanyak RM2,000 ketika itu, kami hanya mampu menghasilkan sebanyak 10,000 batang keropok mini di belakang rumah bapa mertua saya di Kesang Tua, Jasin,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum itu, katanya, dia bersama suaminya Abdul Aziz Ahmad, 47, melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tujuh bulan bagi menghasilkan keropok lekor `bercita rasa Melaka' bagi memenuhi pasaran di Melaka.

``Semasa peringkat R&D ini, banyak keropok yang dihasilkan ini tidak menjadi, malah ada yang dibuang ke dalam lombong.

``Namun Alhamdulillah, selepas banyak kali mencuba, akhirnya kami berjaya juga menghasilkan resipi yang sesuai untuk memenuhi pasaran di Melaka,'' ujarnya.

Buat permulaan, katanya, dia turut menghadapi masalah bagi memperkenal dan mempromosikan keropok lekornya kepada orang ramai.

Namun dengan `tenaga kerja' yang banyak kerana mempunyai sembilan orang anak, mereka sekeluarga telah menjual keropok ini dari rumah ke rumah sehingga ke Johor.

``Secara tidak langsung, ini dapat menanam minat anak-anak kakak dalam bidang perniagaan,'' katanya yang mempunyai anak berusia antara lima hingga 25 tahun.

Usaha gigih mereka berjaya menarik perhatian Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Johari Ramli yang kemudiannya meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM20,000 untuk Normah membeli satu set mesin memproses keropok lekor.

Bermula dari belakang rumah bapa mertuanya, kemudiannya ke rumah pasangan suami isteri ini di Kesang Jaya, mereka kini menghasilkan keropok lekor mini ini di Lot 71, Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Air Panas, Bemban di Jasin.

``Daripada 10,000 batang keropok lekor yang dihasilkan pada awal perniagaan, kami kini berjaya menghasilkan antara 50,000 hingga 60,000 batang keropok lekor setiap minggu,'' katanya.

Keropok lekor keluarannya dinamakan mini lekor kerana ukuran panjangnya dalam 16 sentimeter setiap satu.

Ia dijual dalam satu pek berisi 10 batang berharga RM1.30 dan bungkusan berisi 100 batang bernilai RM13.

Normah memberitahu, dia memang berminat dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi, malah ketika berusia 10 tahun, dia telah membantu jirannya membuat dan menjual keropok lekor.

Selepas berkahwin, dia turut menjual kuih-muih bagi membantu menyara keluarganya semasa tinggal di Terengganu.

Berikutan kejayaannya ini, beliau menasihatkan usahawan tempatan terutama di kalangan wanita supaya merebut peluang yang diberikan oleh kerajaan bagi menceburi bidang perniagaan.

``Janganlah kita hanya berniaga di belakang rumah. Berpindahlah ke ruang perniagaan yang lebih besar seperti premis IKS yang disediakan oleh kerajaan dengan kadar sewa yang rendah.

``Sebagai peniaga, kita tidak perlu khuatir dengan berniaga di ruang yang besar kerana lagi besar perniagaan kita, lagi banyak pendapatan akan diperoleh kelak,'' katanya.

Sebab itu, katanya, ia berhasrat memperbesarkan lagi perniagaannya dengan menambah satu lagi set mesin pembuat keropok dan mengadakan bilik sejuk bagi meningkatkan pengeluarannya sehingga 100,00 batang keropok mini seminggu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.