VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 02/03/2001

Malaysia sedia bantu bangunkan industri sawit di Colombia

PUTRAJAYA 1 Mac - Malaysia sedia membantu membangunkan industri kelapa sawit di Colombia bagi mengurangkan pergantungan ekonomi negara itu terhadap tanaman koka yang menghasilkan dadah kokaine, kata Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurut beliau, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menyuarakan persetujuan selepas Presiden Colombia, Andres Pastrana Arango menyatakan hasrat mendapatkan kepakaran serta pelaburan Malaysia dalam perbincangan dua hala kedua-dua pemimpin itu hari ini.

``Colombia menganggap tanaman kelapa sawit sebagai cara terbaik untuk mengeluarkan mereka dari pergantungan terhadap industri kokaine berikutan iklim, tanah dan kedudukan negara itu yang sesuai untuk tanaman tersebut,'' kata Syed Hamid.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Pendidikan, Teknikal dan Kebudayaan antara kedua-dua negara yang disaksikan oleh Dr. Mahathir dan Arango di sini, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Syed Hamid dan rakan sejawatnya dari Colombia, Guillermo Fernandez de Soto sebagai wakil kedua-dua negara.

Arango bersama delegasi 63 orang pegawai dan ahli perniagaan dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia mulai hari ini.

Kata Syed Hamid, bantuan Malaysia itu adalah komplimentari memandangkan Colombia boleh memenuhi permintaan pasaran Amerika Selatan selain dapat mengurangkan sumber bagi kokaine.

Menurut Syed Hamid, presiden itu turut berminat untuk melihat kemungkinan melaksanakan skim tanah rancangan seperti yang dijalankan oleh Felda di Malaysia bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Negara itu juga, jelas beliau, mahu menjalin kerjasama dalam industri petroleum dan gas serta membangunkan dasar pendidikan kerana mereka menganggap Malaysia mempunyai kepakaran dan keupayaan yang besar.

Syed Hamid berkata, Perdana Menteri juga telah memberikan jaminannya untuk menyokong Colombia jika ia berminat untuk menyertai forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Selain itu, Malaysia turut berjanji untuk memberikan sokongan terhadap Colombia dalam forum-forum lain seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), G15 dan G77, ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.