VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 25/02/2001

Program Pelancongan Pelajar Peringkat Nasional dilancar


PENYANYI popular tanah air, Siti Nurhaliza, melambaikan tangan kepada para pelajar semasa diarak dengan beca berhias ketika menyanyikan lagu tema Cuti-Cuti Malaysia pada pelancaran Program Pelancongan Pelajar Peringkat Nasional di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar SAIFUL NIZAM BAHARI.


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Program Pelancongan Pelajar Peringkat Nasional dilancarkan hari ini, bertujuan menyemai serta memupuk perpaduan antara kaum di peringkat pelajar sekolah melalui budaya melancong.

Selain itu, ia turut bermatlamat untuk melahirkan golongan pelajar yang berpengetahuan luas tentang negara ini di samping mengenali lebih dekat sejarah, adat resam dan budaya masyarakat pelbagai kaum.

Pelancaran program tersebut dilakukan bersama oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad yang turut diserikan dengan beberapa pertunjukan serta pameran.

Antaranya ialah pertunjukan payung terjun, persembahan kebudayaan, demonstrasi extreme games serta nyanyian oleh penyanyi paling popular tanah air, Siti Nurhaliza,

Sewaktu berucap pada majlis pelancaran tersebut, Abdul Kadir berkata, golongan pelajar harus mengambil peluang yang ada di bawah program itu kerana ia memberi manfaat yang cukup besar kepada mereka.

Ini kerana ia menawarkan pelbagai pakej pelancongan menarik ke seluruh negara di samping pemberian diskaun oleh beberapa syarikat yang terlibat.

Katanya, menerusi program itu juga diharap akan dapat menanam kesedaran di peringkat lebih muda lagi kepada pelajar tentang kepentingan bercuti dan melancong bersama keluarga.

``Ini penting kerana apabila pelajar bercuti bersama keluarga masing-masing, maka ia akan merapatkan hubungan kekeluargaan seterusnya terbinalah bangsa bahagia dan negara berjaya seperti yang dicita-citakan,'' katanya.

Kira-kira 3,000 pelajar menghadiri pelancaran itu yang diadakan di Sekolah Menengah Alam Shah, di sini.

Kedua-dua kementerian terbabit akan menggembleng tenaga dengan Kementerian Penerangan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan untuk menjayakan program itu.

Abdul Kadir seterusnya berkata, pakej-pakej lawatan yang ditawarkan kepada para pelajar adalah berpatutan dan kosnya mampu dibayar oleh mereka yang pergi secara berkumpulan.

Untuk memudahkan para pelajar terlibat dalam program itu menurutnya, mereka akan digalakkan menabung RM1 sehari dan wang itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lawatan pada musim cuti sekolah nanti.

Sementara itu Musa dalam ucapannya berkata, program berkenaan akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.

Ujar beliau, program tersebut mempunyai manfaat yang besar kepada pelajar kerana ia boleh menjadi salah satu saluran pembelajaran berkesan selain memupuk sikap, nilai cintakan warisan serta khazanah alam.

Beliau berkata, melancong merupakan suatu proses mendidik yang boleh memberi kesan mendalam di samping berkesan untuk menerapkan semangat patriotisme serta rasa cinta terhadap tanah air sendiri.

Musa menjelaskan, melalui pakej pelancongan yang terancang dan adanya kad diskaun yang akan diperkenalkan nanti, akan membolehkan aktiviti yang dijalankan itu tidak dianggap sebagai kegiatan mewah.

Tambahnya, aktiviti sedemikian juga boleh digunakan untuk memupuk dan menggalakkan tradisi dan amalan membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, menganalisis serta membuat penilaian terhadap kejadian alam.

``Inilah sebenarnya tradisi penyelidikan yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar supaya mereka berfikiran saintifik dan menyuburkan rasa ingin tahu,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.