VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 02/02/2001

Penyakit FH ...mengakibatkan serangan jantung di usia muda


Lebihan kolestrol yang terdapat di sendi-sendi jari akibat penyakit FH.


WALAUPUN mengamalkan gaya hidup sihat, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda sebenarnya menghadapi masalah paras kolestrol yang tinggi.

Apa yang membimbangkan, masalah yang dikenali sebagai Familial Hiperkolesterolemia (FH) ini boleh mengakibatkan serangan jantung di usia muda.

Pakar Biologi Molekul dari Belgium, Dr. Joep Defesche berkata, FH berlaku apabila individu terbabit mewarisi gen kolestrol tinggi daripada ibu bapa mereka.

Menurut beliau, FH boleh menyerang sesiapa sahaja yang mengalami masalah kolesterol autosomal warisan (penyakit genetik).

``Masalah ini boleh berlaku apabila tahap kolestrol (lipoprotin kepadatan rendah) (LDL) yang dialaminya berada pada paras bahaya,'' katanya dalam satu forum Kesihatan baru-baru ini.

Dr. Defesche memberitahu, kajian mendapati, 10 juta lelaki dan wanita di seluruh dunia mati di usia pertengahan disebabkan gejala FH.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1997, terdapat 10 juta penghidap FH heterozigot dan 5,000 FH homozigot di seluruh dunia.

Apa membahayakan katanya, FH tidak menunjukkan sebarang gejala awal sebagai amaran, sebaliknya ia merebak secara senyap tanpa disedari.

``Dalam 400 orang yang menghidapinya, hanya seorang menderita FH,'' katanya.

Tambahnya, menurut kajian penyakit ini boleh dikenal pasti jika salah seorang ahli keluarga menghidapnya.

``Gejala yang dihidapi oleh salah seorang ahli keluarga yang menghidap masalah ini dapat membantu menyelamatkan empat ahli keluarga yang lain,'' ujarnya.

Bagaimanapun, cabaran terbesar bagi penghidap FH ialah mencegahnya daripada terus melarat hingga menyebabkan penyakit jantung arterisklerosis (pengumpulan lemak di salur darah jantung) yang akhirnya mengakibatkan serangan penyakit jantung.

Sehubungan itu, kesedaran individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap FH adalah langkah awal pencegahan.

Gejala-gejala FH boleh dikenal pasti berdasarkan:

n Sejarah keluarga dengan serangan sakit jantung di usia muda.

n Tahap LDL yang tinggi di kalangan ibu atau bapa atau kedua-duanya.

n Xanthoma (lesi yang disebabkan oleh lebihan kolestrol).

n Lebihan kolestrol di kelopak mata (xanthelasmas).

n Sakit dada yang berkaitan dengan masalah salur darah jantung.

Menurut Dr. Defesche, penghidap FH mempunyai alternatif rawatan untuk mengurangkan risiko arterisklerosis yang mengakibatkan serangan jantung.

Terapi awal katanya, melibatkan pengamalan diet yang sesuai.

``Ini termasuklah mengurangkan jumlah pengambilan lemak kepada 30 peratus daripada jumlah kalori yang diambil,'' jelasnya.

Pengambilan lemak tepu katanya, boleh dikawal dengan mengurangkan pengambilan daging seperti daging lembu, babi dan kambing.

``Pengambilan daging boleh digantikan dengan produk tenusu rendah lemak seperti minyak kelapa, manakala kolestrol pula boleh dikurangkan dengan mengelakkan kuning telur dan organ-organ dalaman haiwan,'' jelasnya.

Selain itu, melalui aktiviti senaman, tahap kolestrol yang tinggi dapat dikurangkan.

Dr. Defesche menambah, rawatan ubat-ubatan dapat digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah selepas pesakit mengamalkan diet yang seimbang dan senaman.

``Ubat-ubatan seperti statin merupakan rawatan yang cukup berkesan untuk FH kerana ia berfungsi membantutkan sintesis kolestrol,'' ujarnya.

Resin pula katanya, sejenis lagi rawatan mujarab untuk menghapuskan LDL di dalam usus.

Kajian di klinik Lipid Oxford mendapati, 25 peratus pesakit yang baru didiagnosa mengalami FH dikenal pasti menghadapi masalah arterisklerosis.

Tambahnya, proses mengenal pasti saudara terdekat (adik beradik) pesakit FH merupakan kaedah yang amat berkesan untuk mengesan FH di peringkat awal.

Hasil kajian mendapati, 200 saudara terdekat pesakit-pesakit FH yang mempunyai kolestrol tinggi, hanya 121 dikenal pasti menghidap FH terpendam.

``Ujian terkini membabitkan DNA, turut mengenal pasti sebanyak 16.6 peratus pesakit FH,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.