VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 23/01/2001

Juadah Tahun Baru Cina menepati selera semua

DAHULU, orang berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina dengan limau, kuih gulung dan kuaci.

Kini mereka meluaskan hidangan kepada biskut moden dan mempelbagaikan pula dengan kek beraneka bentuk dan rasa.

Perubahan dari segi kuih muih tradisional kepada biskut moden adalah bersesuaian dengan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina.

Perkara ini diakui sendiri oleh gadis genit dari Ipoh, Angela Chan.

Bagi Angela, ikatan perpaduan yang semakin kukuh di kalangan masyarakat majmuk negara ini antara faktor yang menuntut perubahan itu.

"Hidangan juadah di musim perayaan tidak boleh tertumpu untuk satu-satu kaum sahaja sebaliknya ia mestilah memenuhi selera semua,'' akuinya.

Menurut Angela, apa yang penting baginya, juadah yang dihidangkan pada perayaan Tahun Baru Cina mestilah mampu memikat selera bukan sahaja golongan Cina tetapi juga Melayu dan India.

Sebab itu katanya, selain kuih-muih tradisional masyarakat Cina, beliau turut menghidangkan kuih-muih moden.

Antara yang popular, kata Angela ialah biskut tat nenas, London almond dan kek buah-buahan yang amat digemari tetamu pelbagai bangsa.

"Ia seperti satu senario baru apabila hampir kesemua pasar raya menjual biskut moden seperti juga biskut Hari Raya Aidilfitri,'' ujarnya.

Malah katanya, sekiranya dihidangkan biskut-biskut jenis itu kepada tetamu, ia akan habis lebih cepat berbanding kuih-muih tradisional.

Bagaimanapun, kata Angela, itu tidak bermakna dia meminggirkan kuih tradisional yang mempunyai banyak simboliknya untuk kesejahteraan keluarga seperti kuih bakul dan kuih kapit.

Bercerita mengenai kemeriahan Tahun Baru Cina, wanita cantik ini tetap merasakan bahawa Tahun Baru Cina lebih menyeronokkan apabila mendapat angpau.

"Mengikut budaya orang Cina, selagi wanita itu belum berumah tangga, dia boleh menerima angpau,'' katanya yang masih belum berumah tangga.

Sementara itu, kilauan kertas merah bertulisan emas, limau, kuih bakul dan angpau kini sememangnya sudah siap tersedia di rumah masyarakat tionghua.

Bagi pemenang anugerah AIM untuk lagu terbaik, Wyang, 30, Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Ular emas ini bukan sekadar perayaan keagamaan semata-mata.

"Bagi saya, perayaan Tahun Baru Cina menjadi landasan mengeratkan perhubungan sesama ahli keluarga dan handai taulan,'' ujarnya.

Ditanya mengenai hidangan untuk Tahun Baru Cina, beliau berkata, meskipun biskut moden antara menu utama tetapi kuih tradisional dan juga limau tetap dihidangkan kerana ia membawa tuah.

Wyang berkata, mengikut kepercayaan orang tua, buah limau memberi kemanisan dalam kehidupan seseorang.

"Mulut orang yang makan limau akan sentiasa manis dan menjadikan dia sukar bercakap bohong,'' ujarnya.

Bekas siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini berkata, bagi masyarakat Hokkien, limau bermaksud 'emas' manakala kuih bakul pula bererti 'yang tumbuh setiap tahun'.

"Masyarakat Hokkien juga percaya, dengan memakan kuih bakul, mereka yang bekerja akan dinaikkan pangkat manakala bagi pelajar pula akan lulus cemerlang dalam peperiksaan,'' jelasnya.

Begitu juga dengan tradisi menghias rumah dengan pokok limau kasturi atau digelar sebagai kat chai oleh masyarakat Cina.

Kata Wyang, pokok limau kasturi membawa erti tuah dan ia merupakan satu kemestian bagi orang cina setiap kali menyambut ketibaan Tahun Baru Cina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.