VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 11/01/2001

Pakaian seragam Polis Bantuan perlu berbeza elak penyamaran

Saudara Pengarang,
SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk Pakaian Polis Bantuan masih belum selaras di dalam Forum Utusan Malaysia.

Sebagai anggota tetap PDRM yang sedang berkhidmat rasa terpanggil untuk menjawab tulisan 'Polis Bantuan Kuala Lumpur' yang mempersoalkan pakaian seragam mereka yang belum selaras sama dengan anggota tetap PDRM (warna biru gelap).

Untuk pengetahuan anda, pakaian seragam Polis Bantuan telah ditetapkan dan diwartakan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bhg.a 822 para 14.1 yang telah diumumkan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia di dalam media tempatan yang menghendaki semua anggota Polis Bantuan memakai baju biru muda dan seluar biru gelap.

Ini adalah untuk membezakan anggota tetap PDRM dengan anggota Polis Bantuan bagi tujuan mengelak dari kes-kes salah laku dan penyamaran.

Persoalan tidak selaras sekarang tidak timbul kerana Polis Bantuan dilantik di bawah Seksyen 49 manakala Sukarelawan Polis (PVR) dilantik di bawah Seksyen 40, jadi tidak sama taraf dengan anggota tetap dilantik di bawah Seksyen 14 dalam Akta Polis 1967.

Sukarelawan Polis bertugas bersama-sama dengan anggota tetap di dalam penugasan mencegah jenayah, operasi menjaga keamanan dan lain-lain lagi serta setiap elaun dibayar dan dikawalselia oleh PDRM.

Manakala Polis Bantuan hanya bertugas di dalam kawasan ditetapkan sahaja dan hanya bertugas untuk majikan swasta dan gaji dibayar oleh majikan terbabit. Kalaulah Polis Bantuan sama uniform dengan anggota tetap PDRM (biru gelap) dan saya rasa akan bertambah besar dirilah mereka ini.

Ini kerana ada segelintir anggota PB ini selalu sahaja pandang rendah dengan anggota tetap PDRM dari segi gaji itupun gaji anda campur overtime.

Kami juga mempunyai skim gaji yang menarik dan mungkin ada OT seperti mana yang diputuskan dalam persidangan mesyuarat di Lumut baru-baru ini untuk dipertimbangkan pihak kerajaan.

Pernah satu ketika dulu semasa kami memakai pakaian lama (seluar kuning baju biru muda) sama dengan anggota PB telah berlaku kes-kes penyamaran dan salahlaku.

Kes ini telah melibatkan anggota Polis Bantuan tetapi yang busuk nama adalah kami. Sekarangpun kalau anda pakai jaket akan kelihatan macam polis betul. Kami bukannya cemburu tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa kami lalui.

Kes-kes jenayah di dalam kawasan seliaan anggota Polis Bantuan pun banyak berlaku tetapi mereka hanya tutup mata kerana mahu menjaga nama baik majikan yang berurusan dengannya seperti mana yang dibangkitkan dalam mesyuarat Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan di Sabah baru-baru ini.

Kami harap pihak pengurusan Bukit Aman tidak melayan tuntutan mereka ini.

Sekiranya anda (Polis Bantuan Kuala Lumpur) ingin memakai pakaian seragam biru gelap sama dengan kami, mohonlah menjadi anggota tetap Polis Diraja Malaysia dan bekerjalah bersama-sama kami. - POLIS ALAF BARU, Kuala Lumpur.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.