VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 31/12/2000

Pusat Kebudayaan kaum Murut


BANGUNAN Pusat Kebudayaan Murut dibina berasaskan senibina tradisional masyarakat tempatan.


Sabah mempunyai sekurang-kurangnya 30 kumpulan etnik yang mewujudkan pelbagai bahasa daerah, ciri-ciri kebudayaan dan tradisi yang berbeza antara satu sama lain.

Salah satu suku kaum yang terdapat di negeri ini ialah suku kaum Murut yang kebanyakannya tinggal di Tenom, kira-kira 200 kilometer dari Kota Kinabalu.

Suku kaum Murut sebagaimana suku kaum lain di negeri ini menyumbang kepada kekayaan adat tradisi dan budaya serta cara hidup yang pelbagai dalam kelompok masyarakat Sabah.

Atas sebab itu kerajaan negeri amat prihatin memastikan suku kaum itu terus memelihara apa yang mereka miliki dan warisi sebagai satu identiti yang harus dihargai.

Sebagai contoh, penubuhan Pusat Kebudayaan Masyarakat Murut yang kini semakin popular sebagai satu daripada destinasi pelancong di negeri ini memberi petanda bahawa pemaparan ciri-ciri suku kaum di negeri ini sebenarnya bukan sahaja mampu mengangkat martabat suku kaum berkenaan tetapi pada masa yang sama memberi khazanah yang tidak ternilai kepada penduduk Sabah.

Pembinaan Pusat Kebudayaan Murut telah dimulakan pada 1991 selepas tapak tersebut dikenal pasti setahun sebelum itu.

Bagaimanapun, projek fasa satu ini hanya mula dilaksanakan pada 1994 dan siap pada 1996 dengan kos RM8 juta. Ia terletak 10 kilometer sebelum tiba di pekan Tenom di kawasan seluas lapan hektar. Projek fasa satu merupakan pembinaan bangunan untuk pengurusan, pusat kebudayaan dan kesenian.

Terdapat tiga jenis bangunan dalam projek fasa satu iaitu bangunan utama, bangunan pameran, kedai kraf tangan dan bengkel kraf tangan.

Bangunan utama pusat ini yang digunakan untuk tiga fungsi tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kanan, tengah dan kiri bangunan. Paras tiga bahagian kanan bangunan utama menempatkan ruang galeri, muzium dan sebuah bilik pejabat.

Pada bahagian kiri pula terdapat sebuah dewan yang juga berfungsi sebagai auditorium teater manakala bahagian tengah terdapat dua paras utama iaitu paras bawah dan paras atas.

Paras bawah menempatkan pejabat pegawai dan kakitangan pusat manakala paras atas ruang lobi, foyer, kafetaria dan tandas.

Bangunan kedua pula dibina di bahagian belakang bangunan utama yang dipisahkan oleh sebuah pentas khas untuk tujuan persembahan. Bangunan ini termasuk dua binaan berkembar yang menempatkan ruang pameran dan kedai kraf tangan. Bangunan berkembar ini dihubungkan oleh satu jambatan atau koridor terbuka.

Di belakang bangunan ini terdapat enam bangunan kecil berbentuk calet yang berada dalam satu susunan separa bulatan. Bangunan ini akan digunakan sebagai bengkel kraf tangan.

Keindahan kawasan persekitaran kompleks bangunan yang dipenuhi tumbuhan menghijau ini nampak lebih menyerlah dengan kejernihan Sungai Pagalan di tepi kawasan kompleks.

Selain kemudahan tempat meletak kenderaan, beberapa buah kolam kecil dan satu pancutan air terdapat di pusat ini.

Pembinaan fasa kedua projek ini pada masa akan datang di atas tapak empat hektar akan meliputi penambahan bangunan termasuk rumah-rumah tradisi suku kaum etnik di Sabah, ruang untuk permainan dan sukan tradisional negeri ini.

Pelbagai rancangan baru akan diperkenalkan pada masa depan untuk mempromosikan pusat tersebut termasuk pembukaan cawangan Muzium Sabah.

Selain itu, penganjur pakej pelancongan boleh mengemukakan tawaran supaya pusat ini turut dijadikan sebahagian daripada pakej lawatan pelancongan mereka.

Kerjasama itu membolehkan pihak pengurusan pusat ini menyediakan kumpulan-kumpulan kebudayaan tertentu bagi mempersembahkan pertunjukan masing-masing untuk tatapan pelancong yang datang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.