VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 01/12/2000

Liza Hanim dapat tempat kedua

Penyanyi Liza Hanim sekali lagi mengharumkan nama negara di pertandingan muzik luar negara apabila mendapat tempat kedua dalam pertandingan Shanghai Music Festival 2000 di China baru-baru ini.

Tahun lalu Siti Nurhaliza menjuarai pertandingan yang sama yang turut disertai oleh beberapa buah negara Asia.

Eksekutif Promosi Suria Records (SRC), Saiful Azmi Jamsari berkata pihaknya diberitahu melalui telefon oleh Liza dari Shanghai selepas kemenangan itu.

Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke turut mengiringi Liza dan berkata kemenangan itu amat membanggakan mereka.

"Liza amat gembira dengan kemenangan itu kerana menurutnya rata-rata penyanyi lain mempunyai mutu suara yang baik,'' kata Saiful Azmi.

Malah Liza juga menganggap kejayaan tersebut membuktikan kepada pihak luar bahawa Malaysia mempunyai banyak penyanyi yang baik.

Pihak SRC akan mengadakan sidang akhbar mengenai kejayaan itu dalam satu majlis berbuka puasa sekembalinya Liza ke tanah air.

Dalam pertandingan itu Liza membawakan lagu petikan album terbarunya Andai Aku Bersuara. Siti Nurhaliza turut menyerikan pertandingan sebagai penyanyi undangan.

Album tersebut yang dipasarkan beberapa bulan lalu mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat.

Liza memilih lagu tersebut kerana menganggap ia mempunyai keistimewaan dan disulami nada rendah dan tinggi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.