VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 30/10/2000

BSN belum hantar penyata baki pinjaman yang diminta

Saudara Pengarang,
PADA 11.9.2000, saya telah menulis surat kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan penyata baki penyelesaian pinjaman perumahan.

Penyata tersebut dikehendaki oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai surat pengesahan bagi sesiapa yang ingin mengurangkan baki pinjaman perumahan dengan cara pengeluaran simpanan daripada KWSP.

Surat yang dinyatakan telah dihantar melalui faks dan saya telah menghubungi seorang pegawai BSN pada hari tersebut.

Mengikut perbualan telefon, pegawai itu telah memberitahu bahawa penyata tersebut akan sampai kepada saya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.

Tetapi selama 16 hari saya menunggu, saya masih belum menerima penyata tersebut.

Oleh yang demikian, pada 28.9.2000, saya telah menulis surat sekali lagi kepada BSN dan menghantarnya melalui faks mengenai ketidakpuasan hati saya.

Mengapa BSN memerlukan masa yang begitu lama untuk mengeluarkan penyata itu, sedangkan kebanyakan bank lain hanya memerlukan 1 hingga tiga hari untuk mengeluarkannya.

Saya juga berasa hairan mengapa permohonan tersebut hanya boleh dapat dibuat di ibu pejabat sedangkan kebanyakan bank lain dapat memproses di cawangan masing-masing.

Tetapi, semua ini tidak berhasil, saya masih tidak menerima penyata tersebut. Pihak BSN juga tidak menghubungi saya untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi semasa hendak mengeluarkan penyata tersebut. - NG. KAT LOW, Taman Megah, Seremban.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.