VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 18/08/2000

Sekolah Islam nilai agama tonggak pengajaran


Para pelajar mengulang kaji dan berbincang bersama rakan-rakan di Sekolah Islam Antarabangsa di Gombak baru-baru ini.


Pengetuanya, Razali Mohamed berkata, kurikulum yang diguna pakai oleh IIS bagi peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah berbeza dari sekolah-sekolah biasa.

"Kurikulum antarabangsa IIS dirangka khas oleh pakar dari Unit Media Pengajaran dan Kurikulum Sekolah, Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Ia bermatlamat untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi sekaligus melihat Islam sebagai satu cara hidup,'' katanya semasa ditemui di Gombak, baru-baru ini.

Menurut Razali, pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berpusatkan pelajar serta mengguna konsep gerak gempur minda.

"Pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan kemampuan pelajar sesuai dengan jumlah maksimum bagi setiap kelas 15 orang.

"Di samping itu, kurikulum yang dilaksana turut menggalakkan pelajar meneroka sendiri bidang-bidang ilmu yang dipelajari di samping apa yang diajar oleh guru di dalam kelas,'' ujar beliau.

Kata Razali, pra sekolah terbuka untuk kanak-kanak berusia 3 1/2 tahun hingga 5 tahun, sekolah rendah antara 6 hingga 11 tahun dan sekolah menengah 12 hingga 17 tahun.

"Selain mata pelajar asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, pelajar gred 1 hingga 12 diwajibkan mengambil mata pelajar pengajian Islam, pembacaan Al-Quran dan Bahasa Arab.

"Bagi peringkat pra-sekolah pula, kita menggunakan kaedah Montesori dengan pengajaran Islam,'' kata Razali.

Untuk melayakkan diri memasuki kolej atau universiti, katanya, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Umum Sekolah Antarabangsa (IGSCE) Universiti Cambridge.

"Di samping IGSCE, kita sedang dalam perancangan mendapatkan akreditasi dari International Baccalaureate Organization.

"Di samping itu, kita juga akan mewujudkan aliran kebangsaan yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun depan,'' katanya lagi.

Sementara itu, IIS yang ditubuhkan sejak tahun 1998 itu terletak di Kilometer 17, Jalan Gombak dan dimiliki anak syarikat Universiti Islam Antarabangsa, Pembangunan Pendidikan dan Kebudayaan Gombak.

Berbeza dengan sekolah biasa, IIS mempunyai organisasi pentadbiran yang khusus untuk menguruskan hal ehwal perjalanan sekolah di samping tenaga pengajar.

Sehingga kini, IIS mempunyai 190 pelajar yang terdiri daripada kira-kira 20 bangsa dan budaya yang berlainan.

Di samping kemudahan seperti makmal komputer, makmal sains, dan perpustakaan, IIS juga turut menyediakan asrama berhampiran sekolah untuk para pelajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.