VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Julai 2014 / 29 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 07/08/2000

Perbetulkan pentadbiran Pejabat Kadi Johor

Saudara Pengarang,
TUJUAN kerajaan mewujudkan pejabat kadi di seluruh negeri Johor ialah:

* Untuk mengendalikan hukum- hakam kepada umat Islam.

* Untuk menyelesaikan perkara-perkara berhubung dengan nikah kahwin dan perceraian.

* Untuk membantu orang-orang Islam menyelesaikan kemusykilan agama.

* Untuk membasmi kemiskinan.

* Membuat kebajikan kepada umat Islam.

* Mengutip zakat fitrah dan zakat harta.

Perkara berkenaan sangat bagus jika dikendalikan dengan baik, maka dapatlah umat Islam menarik nafas selesa kerana ada tempat untuk mengadu hal dan mendapat nasihat.

Tetapi sungguh mendukacitakan apa yang berlaku di Pejabat Kadi Daerah Kluang. Perkara ini berlaku terhadap diri saya sendiri.

Sebagai orang kampung, sangat sukar untuk saya berulang-alik ke pejabat kadi berkenaan kerana tinggal terlalu jauh. Tetapi memandangkan perlu menunaikan kewajipan sebagai orang Islam, sedikit sebanyak harta yang ada hendak dibayar zakat harta.

Saya telah pergi sebanyak tiga kali ke pejabat ini. Malangnya setiap kali saya sampai, tidak ada pegawai di pejabat.

Apabila saya bertanya kepada seseorang yang berada di bilik menunggu katanya pegawai pergi minum, keluar entah ke mana, atau buat kerja di bilik lain.

Waktu itu ialah waktu kerja, sepatutnya mesti ada di dalam pejabat. Jika tidak ada pegawai khas pun sepatutnya disediakan pegawai yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Jadi sehingga sekarang saya tidak dapat membayar zakat.

Pada hari yang lain pula, saya pergi ke bahagian pentadbiran untuk menguruskan hal perkahwinan sepupu saya. Bukan main susah hendak jumpa kerani bertugas, pada hal di dalam bilik pejabat ada beberapa orang sedang bercakap-cakap.

Kedatangan saya itu semata-mata untuk menguruskan hal borang perkahwinan.

Oleh kerana saya ada kerja di pejabat lain, maka terpaksalah saya angkat kaki.

Tetapi sebelum saya meninggalkan pejabat, saya telah menulis sepucuk surat untuk disampaikan kepada kadi berserta nombor telefon rumah saya, malangnya sehingga hari ini (masuk dua bulan lamanya) usahkan mendapat jawapan bersurat, telefon pun tidak berdering. Ke manakah perginya surat yang saya berikan itu? Mungkin dibuang ke dalam bakul sampah.

Dalam hal ini saya berharap semoga pentadbiran Pejabat Kadi Kluang diperbetulkan terutamanya di bahagian pentadbiran. Janganlah memandang sepi kepada sekeping surat daripada kami orang kampung. Tentukan setiap surat daripada orang ramai dijawab. Jangan pilih kasih.

Sepanjang pengetahuan saya, kadi sendiri adalah seorang yang baik, peramah dan boleh dibawa berbincang, tetapi berlainan dengan kakitangannya. Ibarat kata pepatah, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. - AWANG KHAMIS, Kluang, Johor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.