VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 31/07/2000

Shameem Tugas pegawai perhubungan mencabar

Pengurus Kanan Perhubungan Awam Public Finance, Shameem Abd Jalil, 43, yang baru-baru ini menerima anugerah Fellowship of PR Malaysia daripada Institut Perhubungan Raya Malaysia dan telah berkecimpung dalam bidang perhubungan awam selama 20 tahun mengakui tugas pegawai perhubungan awam semakin mencabar memandangkan setiap urusan yang dijalankan perlu sempurna bagi memuaskan hati semua pihak

Untuk menjadi pegawai perhubungan awam yang baik, beliau menyeru mereka memahami aspirasi syarikat tempat mereka berkerja untuk memudahkan tugas yang dipikul.

"Misalnya saya bekerja dengan institusi perbankan, saya perlu mengetahui hal ehwal mengenai penggabungan dan pengambilalihan sebagai maklumat tambahan ketika bertemu dengan pelanggan,'' katanya ketiaka ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurutnya, tugas perhubungan awam adalah sesuai untuk kaum wanita berbanding lelaki kerana kerjanya yang memerlukan penelitian dan perancangan yang teliti.

Kalau diadakan majlis, pegawai perhubungan awam perlu menguruskan pelbagai hal dari pentas, bos, makanan yang akan disediakan hinggalah kepada hal ehwal kakitangan yang lain.

Beliau juga kesal dengan individu yang berjawatan profesional seperti peguam dan jurutera yang sanggup berhenti kerja kerana memilih kerjaya perhubungan tanpa mempunyai latihan perhubungan awam terlebih dahulu.

"Jangan menyangka kelebihan mereka berkomunikasi sudah memenuhi kriteria untuk menjawat jawatan itu,'' katanya lagi.

Menurutnya, jawatan ini memerlukan, seseorang individu yang kreatif, berpandangan jauh dan mahir berkomunikasi.

"Glamor tidak boleh membawa kita ke mana-mana kerana sesetengah wanita mempunyai rupa paras yang cantik tetapi apabila berhadapan dengan tugas, dia gagal melakukannya,'' katannya.

Beliau yang merupakan ahli majlis Institut Perhubungan Raya Malaysia (Ipra) kini sedang berusaha untuk piagamkan profesionalisme perhubungan awam agar sesiapa yang berhasrat menjadi pegawai perhubungan awam mesti mengikuti latihan yang diiktiraf oleh Ipra atau mana-mana institut yang menawarkan pengajian yang setaraf dengannya.

Beliau meluahkan rasa sedihnya kerana masih ramai para pegawai perhubungan awam tidak menyertai Ipra yang mampu memperjuangkan kebajikan mereka kelak.

"Sokongan mereka akan menguatkan lagi suara Ipra dalam menyuarakan hak mereka,'' ujarnya lagi.

Berikutan itu juga beliau menyenaraikan beberapa inisiatif Ipra:

* Berusaha piagamkan profesionalisme perhubungan awam.

*.Amalan standard perhubungan awam yang terbaik.

*. Menjaga imej dan reputasi syarikat

*.Melaksanakan strategi mantap untuk menjaga nama baik syarikat seperti menguruskan kerja dua dalam satu. Jika syarikat menganjurkan majlis makan, seseorang pegawai perhubungan awam boleh mengadakan majlis amal mengutip derma.

Jika semua kriteria ini ada pada seseorang perhubungan awam, tidak mustahil mereka boleh menjadi pegawai perhubungan awam yang berwibawa.

Shameem turut mengingatkan bahawa setiap warganegara Malaysia adalah pegawai perhubungan awam untuk negara mereka sendiri.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk bercakap berhati-hati supaya tidak menimbulkan huru-hara dan fitnah dalam negara sendiri.

Mengimbas detik-detik sebagai pelajar ITM, selepas menamatkan pengajiannya pada tahun 1980, Shameem terus ditawarkan sebagai eksekutif perhubungan awam di Maybank.

Selama lapan tahun menimba pengalaman di sana, beliau akhirnya meletakkan jawatan kerana mengikuti suaminya ke Amerika Syarikat (AS) selama tiga tahun.

Sekembalinya dari AS, beliau mula bekerja di Wisma Guthrie dan kemudian menyambung pengajian peringkat sarjananya di Wolverhampton, United Kingdon (UK) selama tiga tahun.

Apabila kembali ke tanah air, beliau mendapat tawaran bekerja di Public Finance dan sehingga kini sudah genap empat tahun beliau menjawat jawatan tersebut.

Menyentuh persoalan yang kerap kali diajukan benarkah bos perempuan lebih cerewet berbanding bos lelaki, beliau berkata, tidak ada masalah dengan 14 pekerjanya kerana jika timbul sebarang masalah dengan pekerjanya, dia akan memanggil mereka yang terbabit kemudian duduk berbincang dan mencurahkan segala kemusykilan dari hati ke hati.

"Kita mesti bersedia menerima berita buruk, memang benar adakalanya ia pedih di telinga tetapi kita perlu tebalkan muka dan belajar daripada kesilapan sendiri,'' jelasnya.

Beliau begitu terharu dengan anugerah 'Fellowship of Institute of PR Malaysia' yang diterimanya baru-baru ini.

"Saya tidak menyangka ada pihak yang menghargai sumbangan saya dalam bidang perhubungan awam,'' katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, pihak penganjur menilai hasil usahanya sebagai Pengerusi Kristal selama dua tahun berturut-turut iaitu satu projek perhubungan awam di antara syarikat perbankan dan NGO.

Sebagai wanita yang bekerjaya, tugasnya sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak yang berumur 17, 15 dan 11 tahun tidak dilupakan.

Shameem sedar beliau memikul tugas yang berat sebagai ibu memandangkan suaminya bertugas di Brunei dan hanya balik pada hujung minggu.

Mengenai pandangan wanita kini, beliau memberitahu wanita berkahwin perlulah berdikari dan menjadi seorang individu yang tidak terlalu bergantung kepada suami.

Isteri yang tidak mengharapkan bantuan lelaki dapat menyumbangkan kepada kebahagiaan keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.