VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 14/06/2000

Pendaftaran terbuka UiTM sesi Jun

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan pengambilan terbuka pelajar-pelajar sesi Jun tahun ini bagi mengikuti program-program diploma, kursus pra dan sijil di kolej-kolej bersekutunya.

Pengurus Program Usaha Sama Unit Perhubungan Luar dan Antarabangsa UiTM, Zaidi Mohd. Aminuddin berkata, pengambilan terbuka itu telah pun bermula dan akan dilanjutkan sehingga 26 Jun ini.

Menurut beliau, program diploma yang ditawarkan ialah Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Sains Komputer, Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik.

Manakala kursus pra ialah PraSains, praPerakaunan, dan PraPerdagangan.

Bagi kursus sijil pula ialah Sijil Pentadbiran Pejabat, Sijil Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat) dan Sijil Teknologi Maklumat (Multimedia).

Katanya, para pelajar yang berminat untuk mengikuti program-program berkenaan hanya perlu mengunjungi kolej-kolej yang berkaitan yang berhampiran dengan kawasan masing-masing.

''Mereka perlu mendaftar di kolej yang menawarkan kursus yang diminati dan akan terus mendapat tempat jika memenuhi syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan,'' katanya.

Beliau berkata, semasa mendaftar mereka perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), sijil kelahiran, kad pengenalan kedua ibu bapa dan kad pengenalan sendiri yang telah disahkan.

Zaidi berkata, secara umumnya mereka yang layak memohon bagi mengikuti program diploma perlu mendapatkan sekurang-kurang lulus lima mata pelajaran.

Antara kolej bersekutu UiTM yang menawarkan program berkenaan ialah Kolej Yayasan Terengganu, Kolej Yayasan Pelajaran Mara di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur, Kolej Inpens di Seksyen 7 Shah Alam, Kolej IKIP di Kuantan dan Institut Yayasan Alor Gajah di Melaka.

Turut menawarkan program tersebut ialah Kolej Yayasan Johor, Kolej UNITI di Port Dickson, Negeri Sembilan, Institut Teknologi Perak, Institut Profesional Baitulmal di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan Kolej Premier Yayasan Perak serta Akademi Hospitaliti dan Pelancongan Saujana Sdn. Bhd. di Kuching Sarawak.

Menurut Zaidi, pada dasarnya pihak UiTM telah pun mengiklan pengambilan bagi program-program terbabit dengan tarikh tutupnya pada 13 Jun.

Bagaimanapun katanya, banyak pelajar yang tidak berkesempatan untuk membuat permohonan.

Justeru pihaknya mengambil keputusan untuk membuka pengambilan dengan prosedur berkenaan.

Menurutnya, bagi pelajar-pelajar yang telah memohon melalui tawaran iklan itu, keputusan permohonan akan diketahui selewat-lewatnya 26 Jun ini.

Beliau berkata, individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program dan kolej tersebut boleh menghubungi unit berkenaan di talian 03-55131655.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.