VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/04/2000

Album koleksi lagu Hindustan seabad

KONSEP filem Hindi yang memuatkan banyak lagu dalam sesebuah filem membuatkan mereka mempunyai banyak himpunan lagu-lagu terbaik sepanjang abad lalu.

Ia juga menimbulkan idea syarikat rakaman EMI memasarkan himpunan lagu-lagu terbaik daripada filem Hindi sepanjang satu abad lalu.

Album memuatkan lagu-lagu daripada filem Hindi seawal tahun 1936 hingga 1999.

Memandangkan banyak lagu-lagu yang dihimpunkan, EMI memasarkan album tersebut dalam 10 siri, kata eksekutif promosi bahagian India syarikat itu, Gwen Manickam.

Antara lagu filem tahun 30-an yang dimuatkan ialah Dhare Dhare Aa Re Badal (Kismat), Tere Naino Ne Chori Kiya (Pyar Ki Jeet) dan banyak lagi.

Tahun 50-an pula antara filem Hindi yang popular ialah Mother India dan Anari. Lagu Gadiwale dan Woh Chand Khila daripada kedua-dua filem itu turut dimuatkan.

Pada tahun 60-an, banyak nama pelakon yang menjadi kegilaan peminat seperti Rajesh Khanna, Asha Parekh, Rishi Kapoor dan banyak lagi.

Lagu era itu menampilkan Chahe Koi Mule Junglee Kahe (Junglee), Chalo Ek Baar Phirse (Gumrah), Dost Dost Na Raha (Sangam) dan Mere Dosti Mere Pyar (Dosti) turut dimuatkan.

Lagu-lagu Roop Tera Mastana (Aradhana), Tum Bin Jaon Kahan (Pyar Ka Mausam) dan Baiyan Na Dharo (Dastak) turut dipilih.

Tahun 70-an pula menjadi era paling gemilang bagi filem Hindi apabila banyak filem dan lagu mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam siri album itu ialah Pyar Diwana Hota Hai (Kati Patang), Jane Kahan Gaye Woh Din (Mera Nam Joker), Chalte Chalte (Pakeezah), Dum Maro Dum (Hare Rama Hare Krishna) dan Main Syair To Nahin (Bobby) menjadi pilihan.

Filem-filem tersebut membawa nama pelakonnya seperti Rishi Kapoor, Dimple Kapadia, Zeenat Aman menjadi pelakon popular.

Tahun 80-an juga masih terdapat lagu-lagu menarik walaupun filem Hindi semakin hilang sengatnya khususnya pasaran di negara ini.

Lagu-lagu seperti Aap Jaisa Koi (Qurbani), Dekho Maine Dekha Hai (Love Story), Aura Aura Koi Yahan Nache (Disco Dancer) antara lagu yang dimuatkan.

Tahun 90-an pula menampilkan lagu-lagu daripada filem Saajan, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Dil To Pagal Hai, Dil Se dan sebuah lagu daripada filem terakhir yang mendapat sambutan pada tahun 1999, Hum Saath Saath Hai.

Album itu juga menghimpun penyanyi-penyanyi latar yang mewarnai industri filem Hindi masa lalu seperti Ashok Kumar, Pankaj Mullick, Arun Kumar, Lata Mangeshkar, Mukesh, Mohd Rafi, Kishore Kumar dan Sailendra Singh.

Turut muncul penyanyi latar masa kini seperti Kumar Sanu, Udit Narayan, Anuradha Paudwal, Alka Yagnik, Kavita Krishnamurthy dan Jaspinder Narula.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.