VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 25/03/2000

Siti martabatkan lagu tradisional


SITI NURHALIZA.


Konsert Siti Nurhaliza di Harbour Pavilion Pusat Dagangan Dunia (WTC), Singapura minggu lalu membuktikan lagu tradisional Melayu mempunyai khalayak yang besar. Sekalipun banyak yang tidak begitu yakin dengan ciri-ciri tradisional dalam muzik tempatan tetapi hakikatnya muzik adalah bahasa sejagat yang mampu dinikmati melampaui batas bahasa dan budaya.

Siti Nurhaliza sendiri pada mulanya agak gementar untuk menyanyikan lagu tradisional di persembahan tersebut kerana khalayak yang berbeza daripada negara ini.

Bagaimanapun katanya, selepas mendapat reaksi yang membanggakan, konsert itu mencatat satu lagi sejarah peribadi yang paling berharga bagi dirinya dan juga lagu tradisional Melayu.

Tidak hairan kalau Siti Nurhaliza terus menjadi ikon bukan sahaja di kalangan remaja di negara ini malah peminat di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Ramai menganggap konsert itu sendiri mencatat sejarah bagi penyanyi tempatan apabila harga tiketnya RM675 dianggap paling mahal pernah dikenakan kepada penonton di tempat tersebut. Malah menyaingi harga tiket konsert Mariah Carey lima hari sebelum kemunculan Siti Nurhaliza.

Tetapi bagi Siti Nurhaliza pula, kejayaan yang didapati daripada konsert tersebut ialah apabila seluruh peminat yang menyaksikannya dapat menerima lagu-lagu tradisional Melayu.

Menurutnya, hampir 5,000 peminat yang membanjiri stadium tersebut yang turut dihadiri oleh remaja Cina, menunjukkan minat yang ketara kepada lagu-lagu berirama tradisional.

Selain itu ada juga penonton dari Jepun dan Taiwan yang turut menyaksikan konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu.

''Memandangkan ramai penonton yang datang terdiri daripada pelbagai kaum, saya bimbang mereka tidak dapat menerima lagu-lagu berirama tradisional Melayu tetapi adalah sebaliknya,'' jelas penyanyi ketika ditemui kelmarin.

Bagaimanapun dalam debaran, dia tetap mengharapkan lagu-lagu sedemikian akan memberikan kelainan kepada konsert ini.

Sekurang-kurangnya ia akan memberikan perbezaan yang ketara jika dibandingkan de-ngan persembahan mana-mana penyanyi antarabangsa yang pernah muncul dalam konsert di tempat berprestij itu.

Dan ternyata, penerimaan peminat terhadap lagu-lagu tradisional yang diketengahkan melalui album Sahmura dan Cindai dalam konsert tersebut amat memberangsangkan.

''Malah mereka turut sama menari dan menyanyi setiap kali saya menyampaikan lagu-lagu tradisional terutamanya Cindai,'' ujar Siti Nurhaliza.

''Ini membuatkan saya yakin bahawa lagu tradisional kita mampu menambat hati golongan di luar budaya Melayu,'' tegasnya.

Kejayaan inilah yang memberikan kepuasan tersendiri kepada penyanyi ini dalam usahanya memartabatkan lagu-lagu berirama tradisional ke tengah masyarakat luar negara.

''Ini bukan bermakna saya tidak menghargai lagu-lagu berirama lain. Saya akui, populariti awal saya adalah melalui lagu-lagu berirama pop,'' katanya.

Tetapi selain itu dia merasa lebih puas dan bangga kerana sebagai anak Melayu, dia dapat memberikan sesuatu agar muzik beridentitikan budaya bangsa dipandang tinggi pada zaman moden ini.

Ekoran kejayaan ini, Siti dijangka akan mengadakan konsert secara besar-besar di negara Brunei Darussalam pada Julai ini.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.