ARKIB : 13/03/2000
Album lagu popular filem Hindi
Lagu-lagu yang dipilih adalah petikan filem Hindi popular semasa untuk memikat peminat lagu-lagu dari India.
Terbaru album kompilasi Bollywood 2000 yang memuatkan lagu-lagu dari filem Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Kaho Naa Pyar Hai, Dil Kya Kare, Hum Saath Saath Hain, Thakshak dan Dil Hi Dil Mein.
Filem Kaho Naa Pyar Hai lakonan pendatang baru Hithrik Roshan telah mengangkat nama pelakon itu sebagai pelakon paling popular di India.
Malah filem tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga muncul sebagai filem paling laris untuk tahun 2000 setakat ini.
Selain kejayaan lakonan pelakon dan jalan cerita yang menarik, filem itu juga memuatkan lagu-lagu yang merdu hasil gubahan muzik Rajesh Roshan.
Dua buah lagu dari filem itu iaitu Chand Sitare dan Dil Ne Dil Ko Pukara menjadi pilihan untuk dimuatkan di dalam kompilasi itu.
Kaho Naa Pyar Hai yang sedang ditayangkan di beberapa buah panggung di ibu negara turut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Filem lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, Phir Bhi Dil Hai Hindustani turut menjadi pilihan menerusi lagu judul filem tersebut dan Banke TeraJogi.
Penerbit memuatkan lagu Yeh To Sach Hai dan Maiya Yashoda dari filem Hum Saath Saath Hai lakonan Salman Khan dan Karisma Kapoor.
Muzik menarik gubahan AR Rahman menerusi filem Thakshak dan Dil Hi Dil Mein turut menjadi taruhan di samping lagu dari filem Dil Kya Kare.
Lagu-lagu yang dimuatkan dinyanyikan oleh penyanyi latar terkenal Kumar Sanu, Udit Narayan, Alka Yagnik, Hema Sardesi, Kavita Krishnamurthy dan banyak lagi.
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









