VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 11/02/2000

Guru PJJ tiada jaminan untuk kenaikan pangkat

KEMENTERIAN Pendidikan tidak menjanjikan atau menjamin guru lepasan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), dilantik ke jawatan DG3 walaupun setelah mereka berjaya memiliki ijazah.

Sebaliknya menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Johari Mat, pelantikan guru-guru berijazah ke jawatan DG3 itu hanya akan dibuat berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di sekolah.

Keputusan itu sebenarnya menurut beliau, telah lama termaktub dalam Surat Siaran Bahagian Biasiswa bertarikh 5 Jun 1998 dan 31 Mei 1999 serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan Bil. 4 tahun 1999.

''Oleh yang demikian, rungutan serta tuduhan yang mendakwa Kementerian Pendidikan tidak membela nasib guru-guru yang mengikuti program PJJ adalah kurang tepat dan mengelirukan.

''Malahan, dasar yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan pada masa ini ialah guru-guru yang dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG3 dengan kelayakan minimum ijazah sarjana muda hanya boleh ditempatkan di sekolah menengah sahaja,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan, Julina Johan.

Dr. Johari mengulas rungutan guru yang telah mendapat ijazah melalui program PJJ, tetapi masih belum dilantik ke jawatan PPPS DG3.

Rungutan diterbitkan di ruangan Forum, Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambah Dr. Johari, mengikut perangkaan tahun 1998, seramai 14,198 guru sedang mengikuti program PJJ dalam pelbagai bidang.

Daripada jumlah tersebut katanya, seramai 1,012 guru telah menamatkan pengajian mereka pada tahun lepas dan layak untuk dilantik tetap ke jawatan PPPS DG3.

''Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 121 guru yang telah mendapat ijazah masing-masing telah berjaya dalam urusan temuduga ke PPPS DG3 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,'' katanya.

Jelasnya lagi, daripada 121 guru itu, seramai 17 calon guru yang mengajar mata pelajaran Biologi, Kimia dan Bahasa Inggeris telah dikenal pasti untuk dilantik ke jawatan PPPS DG3 dan seterusnya ditempatkan di sekolah menengah mulai 2 Januari lalu.

Bagi mata pelajaran lain katanya, seperti Bahasa Melayu, pelantikan guru ke jawatan PPPS DG3 tidak dapat dilakukan kerana opsyen tersebut telah berlebihan daripada keperluan seluruh demikian.

Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan itu menurutnya, diharapkan tidak akan mematahkan semangat guru untuk melanjutkan pelajaran.

''Kementerian Pendidikan amat menghargai pengorbanan dan penat lelah guru-guru yang mengikuti program PJJ.

''Bagi semua warga pendidik yang telah, sedang dan akan mengikuti pengajian melalui PJJ dan secara sambilan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, mereka sebenarnya mendapat pembelajaran serta pengiktirafan yang sewajarnya oleh kementerian,'' katanya.

Surat Pekeliling KP (PP)0113/66/(1^) bertarikh 25 November 1999 menunjukkan dengan jelas bahawa guru-guru tidak dihalang untuk mengikuti program PJJ dan seterusnya dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPS) DG3 selepas mendapat kelayakan ijazah masing-masing.

Oleh: ZALINA YAHAYA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.