VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 20/01/2000

Pertahanan udara makin digeruni


SIAP SEDIA...meriam automatik Oerliken-Skyguard mampu memusnahkan sasaran di udara pada paras rendah.


Sejarah peperangan telah membuktikan bahawa serangan udara merupakan unsur utama untuk melemahkan pertahanan musuh sebelum kemaraan angkatan darat. Bagi had ketinggian melebihi 15,000 kaki, pertahanan ruang udara memang menjadi tanggungjawab tentera udara, tetapi di bawah paras berkenaan, ia menjadi tanggungjawab tentera darat bagi pertahanan di daratan dan tanggungjawab tentera laut bagi pertahanan di kapalnya.

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengambil iktibar daripada beberapa peperangan terbaru, umpamanya Perang Teluk pada awal tahun 90-an, yang terbukti memberikan kelebihan kepada pihak yang kuat kuasa udaranya (air power).

Sebagai langkah awal ke arah mempertahankan pertahanan darat daripada serangan udara, maka pada tahun 1992, Pengarah Artileri ketika itu, Kolonel Abdul Aziz Hassan (kini Timbalan Panglima Tentera Darat) telah mengilhamkan penubuhan sebuah markas pemerintahan untuk diberikan tanggungjawab khusus kepada pertahanan udara.

Selaras dengan ilham itu, dalam penstrukturan TDM sehingga tahun 2000, tiga Rejimen Artileri Pertahanan Udara ditubuhkan, termasuk 31 Rejimen Artileri Diraja (RAD) yang telah wujud sejak tahun 1980.

Pasukan kedua iaitu 32 RAD ditubuhkan pada tahun 1993 dan pada penghujung tahun 1999, 33 RAD wujud. Bagi menyelaraskan corak pemerintahan, kawalan, latihan dan pentadbiran rejimen, sebuah nukleas markas pemerintahan yang dinamakan Markas Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) ditubuhkan pada 1 Oktober 1998.

Komander pertama GAPU ialah Kolonel Md. Yusof Md. Said, yang mengibaratkan Markas GAPU sebagai 'cili padi' kerana walaupun mempunyai bilangan staf yang kecil, peranannya tetap besar terutama dalam menyelaras latihan bagi Rejimen Artileri Pertahanan Udara.

Beliau memberitahu, dalam tempoh setahun, kesemua bateri (Pasukan Artileri) telah didedahkan kepada latihan Army Training and Evaluation Programme (ARTEP) dan terlibat dalam tiga siri latihan Navigations In large Artillery Manoeuvre (NILAM), yang merupakan latihan medan dan menembak peluru hidup.

Kemuncak kepada latihan GAPU ialah penyertaan dalam 'Latihan Pahlawan' yang menggabungkan ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara.

Menurutnya, peranan Markas GAPU bukan sahaja sebagai penasihat kepada Panglima Medan TD dalam aspek pertahanan dan pengurusan ruang angkasa Pemerintahan Medan, malah turut bertanggungjawab kepada Markas Pertahanan Udara Gabungan (Hq.IADS), sebuah markas yang menyelaras operasi pertahanan udara TDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peranan GAPU ialah bertanggungjawab mempertahankan ruang udara Malaysia dari daratan, menangkis serangan udara supaya pertahanan darat tidak dibinasakan dengan mudah, meskipun dengan keupayaan yang terhad.

Bagaimanapun sistem pertahanan udara negara, selain GAPU, ia disokong oleh sistem persenjataan armor dan infantri. Satu demonstrasi pertahanan udara telah berjaya dilakukan baru-baru ini iaitu gandingan 32 dan 33 Rejimen GAPU dengan trup 1 Armor dan satu platun 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Rejimen GAPU menggunakan sistem persenjataan yang agak canggih seperti Oerliekon-Skyguard dan masih memanfaatkan sistem persenjataan lama jenis BOFOR.

Keupayaan senjata BOFOR masih tinggi, setelah dibaik pulih oleh Naval Dockyard, sebuah syarikat tempatan.

Sebenarnya, sistem persenjataan hanyalah sebagai salah satu unsur bagi menilai keupayaan sesebuah pasukan pertahanan negara.

Unsur yang sama pentingnya ialah pengetahuan dan pengalaman para pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugasnya, yang boleh digarap secara berterusan melalui latihan yang berterusan.

Selain menjalani latihan secara bersendirian atau menggabungkan bersama pasukan armor dan infantri, juga gabungan ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara, GAPU turut melibatkan diri dalam latihan dengan negara-negara asing.

Melalui segala usaha dan langkah proaktif yang diambil oleh Markas GAPU, terutamanya pembabitan dalam siri-siri latihan, keupayaan GAPU kini tidaklah boleh lagi diukur berdasarkan usia 'setahun jagungnya'.

Andainya ditakdirkan dalam masa terdekat ini, kedaulatan negara cuba digugat, penceroboh yang berani mencabar itu akan merasai dulu 'kepedasan cili padi' GAPU, sebelum sewenang-wenangnya mencecah bumi Malaysia.

Oleh: ALIAS MD. JALI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.