VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/01/2000

Semua stor senjata angkatan tentera dikawal ketat

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Kawalan ketat dikenakan di semua stor senjata tentera selepas empat rifel dicuri daripada armori Unit Ordnans kem tentera Kamunting Julai tahun lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kementerian memandang berat kehilangan senjata simpanan angkatan tentera.

"Satu laporan lengkap akan disediakan supaya kita boleh mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana anggota yang cuai daripada segi kewajipan dan tanggungjawab mereka," kata beliau ketika ditanya pemberita di Wisma Pahlawan di sini.

Beliau berkata selain polis, pihak tentera sedang menjalankan siasatan sendiri berhubung kecurian senjata itu.

Senjata dijumpai oleh polis selepas empat lelaki, termasuk seorang bekas komando, yang disyaki anggota perompak yang dikenali oleh media tempatan sebagai "Geng Steyr" ditembak mati semalam.

Polis berkata nombor siri yang terdapat pada rifel tentera jenis Steyr yang dirampas adalah sama dengan senjata yang dilaporkan hilang di Kem Kamunting.

Rifel Steyr asalnya dicipta dan dibuat oleh syarikat gergasi Steyr Daimler Puch di Austria tetapi kini dibuat secara berlesen di Malaysia oleh SMET Sdn Bhd dan di Australia oleh ADI Pty Ltd.

Najib berkata, tentera juga akan menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat mengenai penjagaan senjata di armori dan seorang pegawai ditugaskan untuk bertanggungjawab di atas sebarang perkara yang berlaku di dalam armori.

Mengenai tindakan terhadap anggota yang mungkin terlibat dengan kecuaian, Najib berkata tindakan biasa dibuat melalui mahkamah tentera serta tindakan disiplin mengikut peraturan Majlis Angkatan Tentera.

"Sebab itu bila tindakan dibuat melalui saluran demikian ia tidak dilaporkan tetapi percayalah bahawa tindakan tegas akan terus diambil dalam hal seperti ini," kata beliau.

Laporan berita memetik pegawai polis sebagai berkata bahawa anggota kumpulan Steyr itu mungkin telah membeli peluru di tempat lain kerana tidak ada laporan kehilangan peluru 5.56mm di armori Unit Ordnans di kem Kamunting itu.

Menurut pakar persenjataan, peluru jenis itu digunakan oleh pelbagai pasukan polis dan tentera di rantau ini.

Peluru 5.56mm adalah peluru yang digunakan oleh kebanyakan rifel model tentera seperti M-16 buatan Amerika, Heckler and Koch HK-33 buatan German dan FNC buatan Belgium. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.