VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 14/01/2000

Buang rahim tidak ganggu hubungan seks

KETIADAAN rahim yang disebabkan oleh pembedahan membuang rahim akibat pelbagai masalah kesihatan seperti terdapatnya fibroid dan endometriosis tidak sepatutnya menjadi faktor penyebab terjejasnya hubungan seks antara suami dan isteri.

Sebaliknya, kenikmatan seks bagi pasangan di mana isteri mereka pernah menjalani pembedahan membuang rahim tidak sepatutnya terganggu dan mereka patut menjalani kehidupan seperti sebelumnya, menurut pakar Sakit Perbidanan dan Sakit Puan sebuah hospital swasta, Dr. Nora Asyikin Mokhtar.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kepada Halaman Keluarga mengenai kesan terhadap hubungan seks bagi sesetengah wanita yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada perkakasan peranakan mereka yang sekali gus memaksa rahim mereka dibuang.

Ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini, beliau berkata pembuangan rahim atau dikenali sebagai histerektomi tidak ada kaitan langsung dengan bahagian faraj yang menjadi punca rangsangan dalam hubungan seks.

''Pendapat dan pandangan setiap wanita yang pernah menjalani pembedahan pembuangan rahim adalah berbeza antara satu sama lain.

''Sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa perbezaan dalam kenikmatan seks setelah menjalani pembedahan ini, sebaliknya ada antaranya lebih merasa nikmat setiap kali hubungan seks dilakukan dengan pasangan mereka,'' katanya.

Menurutnya, bagi wanita yang menjalani pembedahan membuang rahim mereka boleh memulakan hubungan seks seperti biasa sebulan selepas pembedahan dijalankan. Malah katanya, ada sesetengahnya memulakan hubungan seks lebih awal.

Dalam perkara berkaitan, beliau berkata peranan serta persefahaman di kalangan suami isteri perlu wujud bagi mengelakkan timbulnya sebarang salah faham akibat daripada kesan pembedahan ini.

''Suami perlu turut serta berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan penerangan yang jelas mengenai kesan-kesan jangka pendek dan panjang selepas pembedahan ini serta kesannya terhadap hubungan mereka sebagai suami isteri,'' ujarnya.

Ini katanya, bagi mengelakkan sesetengah individu lelaki yang berfikiran sempit yang berpendapat selepas menjalani pembedahan membuang rahim ini, pasangan mereka tidak lagi boleh memuaskan kehidupan seks mereka seperti sebelumnya.

Menyentuh mengenai fibroid yang merupakan salah satu ketumbuhan bukan kanser yang terdapat pada perkakasan peranakan wanita, beliau berkata wanita berusia antara 35 hingga 40 tahun ke atas lebih mudah menghadapinya.

Sebaliknya ia jarang terjadi di kalangan wanita berusia kurang atau lingkungan 20 - an.

Kata beliau, ramai wanita yang tidak menyedari mereka mengalami ketumbuhan fibroid dalam rahim.

Dengan teknologi moden katanya, mereka mempunyai banyak peluang dan pilihan untuk mendapatkan rawatan.

''Sesetengah wanita tidak memerlukan apa-apa rawatan khususnya jika fibroid tumbuh dalam saiz yang kecil dan tidak mengganggu kesihatan mereka.

''Biasanya jika tumbuhan itu dibiarkan sehingga wanita tersebut tamat tempoh kedatangan haid, ketumbuhan itu akan kecut,'' katanya.

Jelas Dr. Nora, apabila wanita putus haid, paras hormon estrogen menjadi rendah dan secara tidak langsung juga boleh mengecutkan fibroid.

Katanya, jika ketumbuhan ini besar serta menganggu kesihatan terutama menimbulkan gangguan pada kedatangan haid, kesuburan dan hubungan suami isteri, rawatan pembedahan mungkin diperlukan selain histeretomi, misalnya laparoskopi serta miomektomi melalui perut.

''Jenis-jenis pembedahan yang dilakukan bergantung kepada banyak faktor seperti usia, bilangan anak serta keinginan mereka untuk mempunyai anak lagi atau pelbagai faktor yang dikaitkan dengan masalah kesuburan dan kemandulan yang mungkin dialami, ujarnya lagi.

Katanya, wanita yang telah berumur lebih dari 35 tahun dan telah mencukupi bilangan anaknya, doktor menasihatkan pembedahan yang sesuai bagi mereka ialah pembuangan ketumbuhan yang disertai dengan pembuangan rahim sekali gus.

Menjelaskan mengenai fibroid, Dr. Nora berkata fibroid merupakan salah satu ketumbuhan bukan kanser yang berotot dan bertisu yang tumbuh dalam atau melekat pada dinding rahim.

Ketumbuhan ini katanya, boleh membesar dalam pelbagai saiz iaitu boleh menjadi sebesar kacang peas atau sehingga sebesar buah tembikai.

Tambahnya, tidak ada wanita yang mengalami pengalaman yang sama. Begitu juga dengan ukuran fibroid dan tanda-tanda berpenyakit tersebut berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

''Ada sesetengah wanita yang mempunyai fibroid yang besar boleh dirasa dengan meraba perut tetapi tidak mendatangkan sebarang masalah kepada mereka.

''Sebaliknya bagi wanita yang lain, hanya mengalami fibroid sebesar kacang peas boleh menyebabkan pendarahan yang teruk serta kurang darah, ujarnya.

Dr. Nora berkata, sebahagian besar kejadian fibroid tidak diketahui punca sebenarnya.

Namun begitu kejadian ini turut dikaitkan dengan keturunan di mana jika ibu mengalaminya, anak juga berisiko tinggi untuk mendapatkannya.

Menurut beliau, sebahagian besar daripada wanita yang mengalami ketumbuhan pada perkakasan peranakan mereka tidak mengalami apa-apa tanda atau masalah kesihatan pada diri mereka.

Namun begitu tidak dinafikan mereka yang ada ketumbuhan tersebut mengalami gangguan sama ada dari segi edaran haid, hubungan seks atau kesuburan.

Gangguan yang dikaitkan dengan edaran haid terjadi di mana darah haid yang keluar berkemungkinan banyak dan berpanjangan serta ada kalanya disertai dengan ketulan darah.

''Pendarahan yang banyak dan berpanjangan ini seringkali berlaku pada ketumbuhan fibroid mengakibatkan wanita ini menjadi lemah disebabkan kekurangan darah,'' ujar Dr. Nora lagi.

Wanita berkenaan juga katanya, kadang kala mengalami kesakitan ketika kedatangan haid yang sering dikaitkan dengan senggugut.

Selain itu pendarahan yang berlaku selepas persetubuhan serta pendarahan berlaku tidak tentu masa walaupun di luar masa kedatangan haid.

Sesetengah wanita juga tegasnya, mengalami kesakitan apabila mengadakan hubungan seks dengan pasangannya. Namun begitu katanya ia banyak dikaitkan dengan mereka yang mengalami endometriosis.

Masalah kesuburan atau kemandulan juga turut dikaitkan dengan masalah tersebut. Oleh itu, wanita yang telah berkahwin selama dua tahun atau lebih dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui masalah mereka.

Menurutnya, wanita dinasihatkan berjumpa dengan doktor sekiranya terdapat tanda-tanda mencurigakan seperti terjadinya keputihan yang berbau atau tidak, kesakitan pada bahagian bawah perut serta ketumbuhan yang boleh dirasai pada bahagian bawah perut.

Kadang kala terdapat tanda-tanda berkaitan dengan sistem masalah pada saluran kencing di mana wanita berkenaan kerap membuang air kencing. Ini katanya adalah disebabkan oleh ketumbuhan pada rahim yang telah bertindak menekan pundi-pundi kencing tersebut.

Bagi wanita yang muda dan masih memerlukan zuriat dinasihatkan menjalani pembedahan yang dinamakan myomectomi dengan hanya membuang ketumbuhan.

Dalam lain perkataan kata Dr. Nora,tumbuhan seperti fibroid ini tidak mengganggu kesihatan atau mengancam nyawa. Malah kebanyakan wanita hanya mengesan bahawa mereka mengalami fibroid apabila mereka menemui doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lain.

''Namun begitu wanita dinasihatkan agar lebih prihatin terhadap perkara-perkara yang melibatkan soal-soal penjagaan kesihatan,'' tegasnya.

Oleh: ROSLAH OTHMAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.