VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 06/01/2000

Drama khas papar pelbagai tema


RAMLI SALLEH dan Rozie Othman dalam satu adegan drama Menanti Hari.


Selain menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, RTM menerusi TV1 dan TV2 turut menyediakan drama khas sempena Aidilfitri kali ini. Menyiarkan drama khas pada Hari Raya sejak dulu lagi telah menjadi tradisi RTM memeriahkan pe-rayaan itu.

Drama-drama yang akan ditayangkan menampilkan pelbagai tema selain menggabungkan banyak pelakon popular untuk memastikan kepuasan kepada penonton.

Menerusi slot Telefilem Aidilfitri, RTM menampilkan drama Menanti Hari arahan Tony Francis Gitom. Drama ini dilakonkan oleh Alieza Shadan, Ngasizal Ngasri, Ramli Salleh, Rozie Othman dan Zul Yahya.

Menanti Hari yang akan disiarkan pada petang menjelang Hari Raya itu mengisahkan sepasang suami isteri Daud dan Hasnah yang bersusah payah menjalani hidup di ibu kota.

Setiap kali menyambut Hari Raya, mereka berHari Raya di rumah keluarga Hasnah di Negeri Sembilan kerana keluarga Daud tidak merestui pernikahan mereka.

Apabila anak mereka meningkat dewasa, rumah tangga mereka semakin bercelaru tambahan pula salah seorang anaknya ditangkap kerana dadah.

Daud pula menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Drama Umi Natrah pula akan disiarkan pada pukul 3.30 petang di TV1 pada 11 Januari menampilkan pelakon Shaharuddin Thamby, Rozie Rashid, Shafii Khan dan Delimawati Ismail.

Drama ini menyusuri cinta dan pengorbanan yang sering menjadi tunjang dalam kehidupan seorang wanita. Umi Natrah yang mendidik anak tirinya menghadapi banyak dugaan khususnya nenek anak-anak tirinya itu.

Sementara itu pada pukul 2.02 Hari Raya kedua, TV1 menyediakan sebuah lagi drama khas berjudul Kembalinya Kasih Yang Sirna. Drama itu berkisar mengenai kehidupan Shafika yang berubah setelah kedua-dua ibu bapanya maut dalam kemalangan jalan raya ketika menjelang Hari Raya.

Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Apabila dewasa dia membenci Hari Raya dan menganggapnya sebagai hari yang memusnahkan hidupnya.

Drama itu menampilkan Rosnah Johari, Khairil Anwar, Sheila Rusly, Den Wahab dan banyak lagi.

Drama yang menampilkan pelakon Malaysia dan Brunei berjudul Jambatan Sutera akan disiarkan pada 10 Januari pukul 3.30 petang di TV1.

Drama lakonan Kuza, Aman Graseka, Normah Damanhuri dan Nasir Ali itu mengenai seorang lelaki yang memutuskan pertunangan apabila berkenalan dengan seorang gadis kaya.

Bekas tunangnya Amiza yang malu akibat putus tunang telah membawa diri dan bekerja di Brunei. Semasa di Brunei, seorang lelaki, Jeffri terpikat de-ngan keayuan Amiza.

Dikala Amiza mula mencintai Jeffri, bekas tunangnya Hasrol ingin memujuknya untuk kembali setelah dia kecewa dengan gadis kaya itu. Sekali lagi Amiza di persimpangan dilema untuk membuat pilihan.

Telefilem istimewa di TV2 pula membawakan Raya Untuk Papa yang akan disiarkan pada Hari Raya pertama pukul 2 petang. Ia mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis cacat untuk mencapai kejayaan.

Pelakon-pelakonnya terdiri daripada Sharifah Eja, Shamsul Khairil, Intan Azura dan Farisha Irwayu.

Lain-lain drama yang bakal ditayangkan di TV1 ialah Raya Datang Lagi (raya kelima, pukul 3.30 petang), Semperit (raya keenam, 3.30 petang) dan Ish Tak Habis Habis (raya ketiga, 11 malam).

TV2 pula menayangkan drama empat siri Puding Roti Kari Ayam untuk slot Prima 2 pada mulai Hari Raya kedua pada pukul 8.30 malam.

Oleh: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.