ARKIB : 26/11/1999
Koleksi lagu popular Screen
Album tersebut, Koleksi Hits Screen adalah album kompilasi pertama daripada kumpulan Screen.
Menurut Eksekutif Promosi Music Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO), Rosey, album Screen tersebut memuatkan lagu-lagu popular Screen daripada album pertama sehingga ketiga.
Katanya, barangkali ada sesetengah peminat yang hanya menggemari sesuatu lagu Screen dan tidak mendapatkan album terdahulu.
Ujar Rosey, album kompilasi Screen itu adalah sebahagian usaha untuk mengelakkan berleluasanya kegiatan cetak rompak ke atas album tempatan terutama Screen.
Tambahnya, sebagai hadiah untuk para peminat, Screen menampilkan dua lagu baru iaitu Dibuai Rindu Semalam dan Jodoh Kita Telah Tiada.
"Dua lagu tersebut yang masih mengekalkan konsep muzik kumpulan Screen iaitu pop rock. Ia adalah istimewa untuk para peminat mereka yang menyokong pembabitan mereka dalam bidang muzik selama ini,'' ujar Rosey.
Menurutnya, pemilihan lagu dalam album kompilasi itu adalah berdasarkan populariti setiap lagu kerana Screen mahu memberi kepuasan yang maksimum kepada para pendengar mereka.
Sebanyak 12 lagu dimuatkan dalam album tersebut. Lagu-lagunya ialah Dibuai Rindu Semalam, Orang Yang Ku Sayang Sayang, Bila Cinta Didusta, Kita Ditakdirkan Berpisah, Kau Kesayanganku, Sha-Na-Na, Bila Kau Kata Kau Sayang, Kasih Tak Kesampaian, Rindu Cuma Sehiris Rindu, Tak Suka Tak Apa, Semoga Dikau Bahagia dan Jodoh Kita Telah Tiada.
Album Koleksi Hits Screen itu telah pun berada di pasaran ketika ini.
Buat konsert untuk peminat
Adele pasang cermin kalis peluru
Superman, Man of Steel
RJ temui pengganti
Aziz Sattar tubuh yayasan bantu anak seni tercicir
Mula diberi kepercayaan
Beyonce berjaya
Nyonya & The Gang menggeletek cara nakal
Anugerah Blokbuster 2
Filem adaptasi novel tiada harapan
Penulis novel perlu dihargai
Teater minat, menyanyi hobi
Popularkan fesyen bertudung
Kisah cinta Hafiz
Sarimah kembali menyanyi
Oprah derma RM37.6 juta
Telefilem usahasama pertama Malaysia-Vietnam
Selepas 4 tahun, teater Putera Salang Ur akhirnya dipentaskan
Darah muda Heart-A-Tack berbisa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










