VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 25/11/1999

Jentera Keadilan Tampin lumpuh

SEREMBAN 24 Nov. - Jentera pilihan raya Parti Keadilan Nasional (Keadilan) kawasan Tampin lumpuh apabila semua pemimpin tertinggi bahagian itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, sekali gus membubarkan parti Keadilan di bahagian tersebut.

Mereka ialah Ketua Keadilan Bahagian Tampin, Yusof Tapar, Ketua Wanita bahagian, Norbibah Ismail dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan Tampin, Lt. Kolonel (B) Rosli Abdul Ghani bersama-sama dengan 500 ahli Keadilan di kawasan itu.

Yusof berkata, beliau bersama-sama pucuk kepimpinan Keadilan Tampin bertindak keluar daripada parti itu kerana menyifatkan parti tersebut mempunyai banyak masalah dan tidak menjamin masa depan.

Kata beliau, kepimpinan Keadilan pada semua peringkat terlalu lemah dan tidak bersedia untuk menubuhkan sebuah kerajaan, malah antara ahli sendiri wujud perasaan saling tidak mempercayai.

Menurutnya, tindakan beliau dan ahli Keadilan menyertai UMNO bukan didorong oleh sesiapa malah ia timbul atas kesedaran yang tinggi serta ikhlas terhadap bangsa, agama dan tanah air.

''Ingin saya jelaskan di sini, rakyat jangan tertipu dengan janji-janji pembangkang kerana saya sendiri melaluinya. Jika pagi mereka kata lain jangan terkejut pada petangnya kata itu akan berubah,'' kata Yusof di sini hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Menteri Besar Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Turut hadir ialah Bendahari UMNO Negeri Datuk Mokhtar Hashim dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Gemencheh, Datuk Waad Mansor.

Sementara itu, Menteri Besar ketika mengulas memberitahu, tindakan mereka yang keluar daripada Keadilan menunjukkan parti itu tidak berkemampuan membentuk kerajaan yang stabil.

Malah, beliau berkata, Keadilan wujud kerana memperjuangkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan untuk membela bangsa, agama dan tanah air seperti Barisan Nasional (BN).

''Parti Keadilan tidak ada arah perjuangan seperti juga Pas yang sanggup mengorbankan dasar-dasar perjuangan Islamnya dalam tempoh dua bulan semata-mata mahu menang dalam pilihan raya umum ini,'' katanya.

Menurut Menteri Besar, tindakan Pas yang mengetepikan hak kaum wanita adalah satu perspektif yang harus diteliti khususnya di kalangan pengundi wanita di negara ini.

''Kalau di kerusi Dewan Undangan Negeri Labu mereka tidak mahu calon wanita dari Keadilan bertanding, mengapa pula Pas tidak membantah apabila Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Permatang Pauh? Mana prinsipnya?'' tanya beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.