VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 22/11/1999

Klinik Wakaf An-Nur... memberi perkhidmatan kepada semua bangsa

Klinik yang ditubuhkan menerusi Masjid An-Nur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor terletak bersebelahan masjid tersebut di Plaza Kotaraya, Johor Bahru ini merupakan satu-satunya projek unik kerana pertamakali dididirikan di masjid yang teletak di kompleks membeli belah dan memberikan perkhidmatan kepada semua kaum.

Menurut Salha Urip, Timbalan Pengurus Hal Ehwal Awam Korporat Perbadanan tersebut, Klinik ini telah mula beroperasi pada 1 November tahun lalu dibuka dua kali seminggu setiap hari Jumaat serta Ahad, selamat dirasmikan oleh Sultanah Johor, Tuanku Sultanah Zanariah Al-marhum Tunku Ahmad Selasa lalu.

Sehingga pertengahan Oktober lepas seramai 2,440 pesakit telah mendapat rawatan di klinik ini.

Memandangkan keperluannya, pusat dialisis telah dibuka pada 16 Julai 1999 lalu yang menjalankan perkhidmatannya setiap hari kecuali hari Sabtu dan cuti umum.

Buat permulaannya pusat ini dilengkapi dengan tiga buah mesin dialisis dan setiap hari berkemampuan merawat enam orang pesakit.

Dr. Norehan Ayob telah dilantik sebagai petugas sepenuh masa dan jururawat dan pembantu perubatan dipinjamkan secara bergilir daripada Hospital Pakar Johor dan Hospital Pakar Puteri.

Secara umumnya Klinik An-Nur memberikan rawatan perubatan dan perundingan kepada orang ramai tanpa mengira kaum.

Rawatan yang dijalankan di sini termasuklah rawatan asas seperti demam, selesema, sakit perut, batuk dan sebagainya lagi.

Selain dari itu, rawatan kemalangan juga turut dibawa ke sini seperti luka kecil, lelah, pengsan, patah tulang dan terjatuh.

Kes yang tidak dapat dirawat di sini akan dirujuk kepada hospital berdekatan seperti Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru setelah pesakit distabilkan terlebih dahulu.

Bayaran minimum sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap rawatan termasuklah ubatnya sekali. Bagaimanapun pihaknya amat mengalu-alukan jika ada yang mahu memberi lebih dari itu sebagai derma ikhlas.

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatannya sebuah pusat dialisis turut dibuka pada 16 Julai lalu.

Ketua esekutif Perbadanan Johor, Datuk Muhammad Ali hasim selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pengurusan Klinik Wakaf An-Nur dalam ucapannya menerangkan, penubuhan klinik ini untuk melaksanakan konsep wakaf dalam konteks peranannya bagi membangunkan ummah dan wakaf itu sendiri menggambarkan hasrat perbadanan untuk menyerahkan sebahagian harta yang sebenarnya milik Allah S.W.T untuk dimanfaatkan kepada masyarakat seluruhnya.

Berikutan dengan penerimaan baik masyarakat terhadap perkhidmatannya, klinik ini telah mengembangkan sayapnya di Pasir Gudang pula.

Klinik yang terletak di balai Masjid Jamek, Pasir Gudang berharga RM65,000 akan memulakan operasinya pada 3 Disember depan. Sebuah pusat dialisis juga turut di rancang akan dibuka bersebelahannya.

Sejak klinik wakaf ini dibuka pelbagai program dan aktiviti telah dan sedang diaturkan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam bentuk dana kewangan atau khidmat tenaga sukarelawan.

Antaranya, rawatan kesihatan kepada Rumah Sri Kenangan Ungku Mohsin pada hari pembukaan klinik, ceramah kesihatan, kempen derma darah, kempen kesihatan dan lain-lain lagi.

Justeru, klinik dan juga pusat dialisis mengalu-galukan semua lapisan masyarakat sama ada individu, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai tenaga sukarelawan.

Antara bidang-bidang yang diperlukan termasuklah doktor perubatan, Jururawat dan Pembantu Jururawat, pekerja, pembantu am kilinik dan pusat dialisis, tenaga sukarelawan semasa kempen derma darah dan klinik bergerak.

Penglibatan tenaga muda juga turut dialu-alukan agar dapat mendorongkan mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah .

Jika ada yang ingin menghulurkan derma ikhlas dan menjadi tenaga sukarelawan bolehlah menghubungi sekreteriat Klinik Waqaf An-Nur di tingkat 13, Perbadanan Johor, Kotaraya 80000, Johor Bahru di talian O7- 2203283.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.