VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 09/11/1999

Pelbagai gaya membalut hadiah

PEMBERIAN istimewa pada hari jadi atau perkahwinan pasti menjadi kenang-kenangan oleh penerimanya tambahan pula dibalut indah lagi kreatif. Tidak mengira bentuk atau saiz bungkusan hadiah pasti kelihatan lebih menarik jika dipelbagaikan cara membalut dan dihias sedikit aksesori. Di Jepun seni membalut merupakan suatu kerja tangan yang unik dan berharga se-hingga dianjurkan kelas untuk mempelajarinya sama seperti kelas menggubah bunga atau membuat bunga.

Selain dari bentuk balutan yang dihasilkan oleh jari-jemari yang kreatif, warna kertas pembalut yang dipilih juga memainkan peranan penting menyerlahkan bunkusan.

Begitu juga dengan balutanya yang kemas dan teliti menjadikan bungkusan hadiah seolah-olah untuk ditatap tanpa mahu dibuka untuk melihat isi dalamnya. Pelbagai bentuk dan gaya membalut hadiah turut dipertontonkan kepada hadirin dalam satu demontrasi Etika Di meja Makan yang di adakan di Suria KLCC, baru-baru ini, anjuran salah sebuah kafe di situ.

Jika kita sering melihat bungkusan hadiah diserikan dengan riben sahaja, kini pelbagai bahan boleh digunakan seperti kain net, bunga tiruan, loceng dan sebagainya asalkan digubah indah serta cantik pula dipandang mata.

Gaya letak eksesori juga penting untuk tambah mencantikkan lagi bungkusan hadiah.

Sekuntum, dua bunga mawar lambang cinta diletakkan di sisi kotaknya, si penerima pasti dapat mengagak siapa penghantarnya.

Begitu juga dengan lilitan kain net atau organza yang diikat riben besar, cantik diletak di tengah, atas atau disisi.

Oleh: ROSNIZA MOHAMAD

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.