VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
GAYA HIDUP

ARKIB : 03/11/1999

Majalah audio memenuhi keperluan orang cacat penglihatan


ALEX sedang membuat kerja-kerja rakaman di bilik rakaman.


Bagi orang normal, majalah bahan bacaan untuk mencari pengetahuan atau memenuhi masa lapang. Berlainan dengan orang cacat penglihatan majalah berbentuk audio merupakan bahan pendengaran bermaklumat yang menghiburkan.

Tenaga pendukung di sebalik penerbitan majalah berbentuk begini ialah Alex Lee yang juga cacat penglihatan sejak dilahirkan.

Minatnya sejak dari sekolah lagi dalam mengarahkan drama dan mengetuai koir telah terbawa-bawa hingga ke dewasa.

Berbekalkan sebuah pembesar suara dan pelbagai peralatan rakaman lainnya dia merakamkan pelbagai maklumat untuk dimuatkan dalam majalah audio bulanan tersebut. Antaranya kesihatan, petikan berita terkini, rencana, isu semasa dan peristiwa menarik.

Semua maklumat ini disampaikan dengan olahan yang begitu menarik lengkap dengan muzik dan kesan bunyi.

Majalah dalam bentuk audio ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak orang cacat penglihatan yang inginkan informasi terkini tanpa bergantung kepada orang lain kerana bukan semua orang buta boleh membaca brill.

Satu lagi faedahnya menurut Alex, mereka boleh mendapatkan semua informasi ini di rumah sambil memasak, menyusukan anak atau membasuh pakaian.

Katanya lagi, ''sebagai orang cacat penglihatan, saya nampak keperluan mereka yang dahagakan informasi terkini, jadi kita gunakan teknologi moden yang sesuai dengan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan mereka.''

''Lagipun inilah cara paling mudah, rengkas dan lebih ekonomikal untuk menyampaikan maklumat,'' tambahnya.

Majalah audio ini diterbitkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, Mandrin dan Kantonis.

Bahan-bahan dalam bahasa Inggeris dipetik daripada rencana yang difikirkan menarik dari Readers Digest. dalam bahasa Malaysia pula melalui majalah Dewan Cosmec, Media Kesihatan, majalah P/C dan akhbar-akhbar.

Antara pengisian yang paling diminati yang diberi nama Akhbar Bersuara memuatkan petikan berita, recana dan apa juga yang menarik di dalam akhbar.

Terang Alex, ''bahan-bahan dalam bahasa Mandarin pula didapati dari Taiwan dengan adanya pesetujuan pertukaran tidak rasmi dengan Pusat Pengajian dan Kebudayaan Taiwan. Setiap bulan mereka akan mengirimkan kepada kami bahan salinan dan cetakan.''

Begitu juga dengan bahasa Kantonis, didapati dari majalah Hong Kong.

Bagi menjayakan penerbitan majalah unik ini, Alex dibantu oleh 30 orang tenaga sukarelawan untuk menyunting bahan daripada akibat tempatan.

Kini, majalah yang diterbitkan sebulan sekali ini telah mempunyai 1,000 orang pelanggan yang melanggan program ini secara percuma.

Setiap mereka akan mendapat dua hingga enam kaset rakaman majalah secara pinjaman selama sebulan.

Adalah menjadi tanggungjawab mereka memulangkannya semula selepas tempoh pinjaman.

Apa yang membanggakan Alex, sikap kebanyakkan pelanggan yang begitu setia memulangkannya kembali kaset majalah kepada pertubuhan itu selepas tamat tempoh.

Menceritakan pengalamannya Alex berkata, pada permulaannya ada masalah mengendalikan rakaman seperti tidak mahir dengan sistem pendawaian dan sering terkena kejutan elektrik. Mujur juga kejutan kecil yang tidak mencederakan dirinya.

Bagi mengatasi masalah ini, dia belajar dari kesilapan yang dilakukan kerana berpegang kepada prinsip adalah lebih baik belajar daripada kesilapan daripada sering meminta tunjuk ajar.

Bila ditanya bagaimana dia mendapat idea untuk memberikan penyampaian yang baik Alex menerangkan, ''kadang-kadang bila pulang ke rumah mata sukar dilelapkan, maka di sinilah otak saya mula ditumpukan untuk mencari idea persembahan.''

Selaku Jurutera Audio di Unit Rakaman Audio Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, dia melakukan semua tugas dari merancang pengisian, rakaman, penerbitan hinggalah kepada memastikan pelanggan mendapat kaset setiap bulan.

Harapannya ingin meningkatkan mutu persembahan dan kaset menggunakan sistem digital yang lebih baik lagi.

Alex 39, yang berasal dari Banting, Selangor cacat penglihatan secara semula jadi. Dalam adik-beradiknya yang seramai enam orang itu empat darinya cacat penglihatan tetapi keluarganya begitu peka dengan pelajaran anak-anak mereka, kesemua mereka dapat menjayakan kehidupan sendiri.

Dua daripada adik-adiknya bertugas sebagai penterjemah brill di perpustakaan negeri, di Johor dan di Sekolah St. Nickholas di Pulau Pinang. Abangnya pula sebagai pekerja am di Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia.

Sebelum bertugas di persatuan tersebut dia pernah menjadi telefonis di salah sebuah syarikat swasta selepas menamatkan kursus Telefonis dan jurutrengkas dari Pusat Latihan Gurney, di Brickfields.

Pada masa lapang dia sering ke Persatuan Orang Cacat Penglihatan untuk melihat apa yang boleh dibuatnya di sini sambil merisik peluang yang sesuai dengan kebolehannya.

Bermula sebagai pekerja sukarela membawanya kepada tugas tetap setelah diberhentikan kerajan dalam tahun 1986, akibat dari kegawatan ekonomi yang melanda negara ketika itu.

Tugas-tugasnya ini membawanya menerokai satu lagi pengetahuan pengunaan komputer. Melalui komputer yang dilengkapi dengan perisian khas arahan bersuara dia dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan mudah.

Oleh: FAUZIAH HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.