VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Julai 2014 / 29 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 07/07/1999

M. Shariff meninggal dunia ketika tidur


ALLAHYARHAM M. SHARIFF.


KUALA LUMPUR 6 Julai - Penyanyi popular Pop Yeh Yeh, M. Shariff, 48, meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini awal pagi ini kerana sakit jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Farida Mohd. Salleh dan tiga orang anak iaitu Syafiza, Syarida dan Mohd. Fareed.

Allahyarham yang nama sebenarnya Shariff Awang adalah satu-satunya penyanyi dan pemuzik tempatan yang mendapat pengiktirafan daripada pembuat gitar Fender International dari Amerika Syarikat kerana menggunakan 30 gitar jenama Fender yang masyhur sepanjang tiga dekad dalam bidang muzik.

Farida memberitahu, beliau terdengar Allahyarham mengerang ketika dalam tidur pada pukul 3.30 pagi.

''Selepas itu Allahyarham sudah tidak sedarkan diri. Kami terus membawanya ke Hospital Tawakkal untuk pemeriksaan doktor,'' kata Farida ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau, baru-baru ini Allahyarham telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kencing manis.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang, selepas waktu zuhur hari ini.

Turut menziarahi jenazah pengasas kumpulan The Zurah dan The Zurah II itu ialah anggota The Zurah II, A. Rahman Hassan, Jeffrydin, Yusni Hamid, Maidin, Hamid Gurkha, Nassier Wahab, Aspalela Abdullah dan Ruhil Amani Hussin.

Allahyarham yang menyambut ulang tahun kelahiran 4 Jun lalu baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan anak sulungnya, Syafiza, dua minggu lalu.

Allahyarham dilahirkan di Bagan Serai, Perak, pada 4 Jun 1951 dan mula melibatkan diri dalam bidang seni pada tahun 1964. Lagu pertamanya Keindahan Pantai dirakamkan bersama kumpulan The Zurah.

Allahyarham telah merakamkan 106 buah album dan mengadakan 50 buah konsert dan kerap menganjurkan pertandingan muzik untuk mencari bakat baru.

Antara konsert anjurannya yang paling berjaya ialah 'Konsert Masih Ada Yang Sayang' di Stadium Negara pada 1997.

Konsert meriah itu menggabungkan ramai angkatan penyanyi 60-an dari Malaysia dan Singapura. Ia juga menampilkan kembali gabungan kumpulan popular seperti The Rythmn Boys, The Siglap Five, De Fiction dan Orkes Teruna Ria.

Sementara itu, rakan seperjuangan M. Shariff, A. Rahman Hassan, menganggap dunia muzik kehilangan seorang yang begitu komited dalam kerjaya muziknya.

Menurutnya, Allahyarham adalah penyambung kepada kebangkitan muzik 60-an sejak pertengahan 80-an lalu sehingga hari ini.

''Saya melihat Allahyarham sebagai penyanyi dan pemuzik yang aktif dan gigih dalam mengangkat bidang muzik sebagai kerjayanya,'' ujar A. Rahman yang juga Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (Papita).

Seorang lagi penyanyi seangkatannya, Jeffrydin pula menganggap Allahyarham adalah penyanyi yang tidak pernah jemu mempopularkan irama 60-an sekalipun selepas dekad 60-an.

Kata Jeffrydin, Allahyarham sempat menerbitkan lagu terakhinya berjudul Mas Mona II yang dimuatkan dalam album beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.